Suka cookies tapi bila buat memanjang tak sempurna hasil kejadiannya walaupun dah ikut resipi. Apa yang tak kena agaknya? Sebelum salahkan resipi atau tak mahu buat langsung, tengok dulu lima teknik yang betul menyediakan adunan cookies. Mana yang salah kita betulkan…

5 Cara Buat Cookies Yang Senang,Sedap & Gerenti Jadi.
CREAMING METHOD:

Lemak dan gula dikacau atau putar bersama terlebih dulu selama 1-2 minit. Masukkan telur dan bahan kering secara perlahan ke dalam adunan gula dan lemak, kemudian kacau menggunakan spatula atau senduk kayu . Untuk adunan ini, gunakan mentega tawar bersuhu bilik, agar lebih mudah tercampur dengan gula.
Ciri: Tekstur cookies lebih ringan dan berpasir.
Contoh: Chocolate cookies dan butter cookies.
5 Cara Buat Cookies Yang Senang,Sedap & Gerenti Jadi.

RUBBING IN METHOD:

Digunakan dalam membuat cookies tradisional, seperti shortbread dan graham crackers. Lemak dimasukkan ke dalam bahan kering (tepung gandum, gula halus dan rempah-rempah). Lemak yang digunakan  mestilah sejuk supaya adunan yang terbentuk berpasir.

Ciri-ciri: Tekstur cookies berat dan cenderung agak padat dan keras.

IKLAN

Contoh: Dry fruit pie dan cookies dengan rasa serbuk kayu manis dan corn flakes cookies.
5 Cara Buat Cookies Yang Senang,Sedap & Gerenti Jadi.

THE MELTED METHOD:

Mentega dicairkan dulu dan dicampur dengan gula atau sirap gula. Lalu, bahan kering dimasukkan ke dalamnya, sambil diuli hingga terbentuk adonan yang kalis.
Ciri:  Tekstur cookies yang ranggup.

Contoh: Flapjacks, gingernuts, chocolate cookies.

IKLAN

5 Cara Buat Cookies Yang Senang,Sedap & Gerenti Jadi.

THE ALL IN ONE METHOD: Dengan menggunakan bantuan food processor, semua bahan dicampur menjadi satu. Biasanya digunakan untuk membuat cookies dengan adunan yang ringan dan lembut, dengan perbandingan bahan basah lebih banyak dibandingkan bahan kering.

Ciri: Tekstur cookies yang lembut.
Contoh:Lidah kucing dan raisins cookies.
5 Cara Buat Cookies Yang Senang,Sedap & Gerenti Jadi.

IKLAN

THE WHISKED METHOD:

Bahan kering dimasukkan secara perlahan ke dalam adunan gula dan telur yang sudah pukul hingga putih. Kadang-kadang hanya menggunakan telur utih sahaja.

Ciri: Tekstur cookies ranggup di luar, namun di bagian dalam sangat lembut dan mudah cair di mulut.

Contoh: Tuilles atau macaroons.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI