Tat dan pai nampak seakan sama kerana keduanya menggunakan kulit pastri. Cara menguli penting untuk mendapat kulit tat/pai yang rangup. Pastri tat/pai tidak boleh diuli terlalu lama kerana haba dari tangan mempengaruhi tekstur kulit pai/tat. Pastri yang rangup dipadankan bersama keju yang lembut menjadikan tat sangat enak. Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih menyelerakan.

Resipi Tat Dan Pai Kegemaran Ramai

PAI CENDAWAN BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm cendawan butang perang | dihiris
  • 100gm cendawan Portobello | dihiris
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 100ml krim masakan
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kulit Pai:

  • 150gm tepung gandum
  • 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
  • 125ml air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula

CARA MEMASAK:

1.    Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.

2.    Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.

3.    Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.

4.    Masukkan  air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi  lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.

5.    Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.

6.    Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.

Resipi Tat Dan Pai Kegemaran Ramai

BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
  • 2 biji pisang ranum | dihiris
  • Hirisan coklat secukupnya
  • 200gm krim putar

BAHAN KERAK:

  • 200gm biskut digestive
  • 50gm mentega
  • 80gm gula
  • 50gm serbuk badam

BAHAN KRIM:

  • 2 biji kuning telur
  • 45gm gula kastor
  • 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
  • 50gm dairy heavy cream
  • 200gm susu segar

CARA MEMASAK:

  1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
  2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
  4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
  5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
  6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Tat Dan Pai Kegemaran Ramai

STRAWBERRY CUSTARD TART
BAHAN-BAHAN:
Kulit Tat:

  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Inti:

  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 4 biji kuning telur
  • 30gm mentega
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Hiasan:

  • Buah strawberi
  • Buah Raspberi

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanila dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180⁰C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
  6. Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila.
  7. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  8. Padam api, tambah mentega dan esen vanila, kacau rata dan biar sejuk.
  9. Tuangkan dalam kulit tat, kemudian hias dengan buah strawberi dan raspberi di atasnya.

Resipi Tat Dan Pai Kegemaran Ramai

TAT KEJU LEMBUT

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Inti:

  • 1 biji buah mangga | dipotong dadu kecil
  • 1 biji buah naga merah | dipotong dadu kecil
  • 1 biji kiwi | dipotong dadu kecil
  • 200gm krim keju
  • 50ml krim masakan
  • 100gm gula perang
  • 1 biji telur

Kulit Tat:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar mentega sejuk di potong dadu
  • ½ cawan air sejuk
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula halus

CARA MEMASAK:

1.    Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.

2.    Kepalkan doh dan bungkus dengan pembalut plastik.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.

3.    Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan tat. Cucuk- doh dengan garfu supaya kulit tat masak sempurna. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan kulit seketika.

4.    Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan krim keju dan krim putar. Pukul lagi sehingga sebati.

5.    Tuang bancuhan keju ke dalam kulit pai. Sejukkan seketika  dan susun buah buahan mengikut citarasa anda.

IKLAN

6.    Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Resipi Tat Dan Pai Kegemaran Ramai

PAI LABU DAN KISMIS

BAHAN-BAHAN A:

  • 280gm tepung gandum
  • 115gm shortening
  • 115gm mentega
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan air sejuk (berais)
  • Sedikit garam
  • Sedikit kuning telur | sapuan

BAHAN-BAHAN INTI:

  • 1/2 biji labu kuning | buang kulit dan potong dadu
  • 100gm kismis hitam/kuning | cincang kasar
  • 5 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan mentega
  • Serbuk kulit kayu manis secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya

CARA MEMASAK:

1.    Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati dan menjadi doh.

2.    Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.

3.    Sementara itu, buat inti pai dengan satukan kesemua bahan di dalam kuali dan didihkan hingga masak. Sejukkan seketika.

4.    Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canaikan doh hingga menjadi dua kepingan yang nipis dan letak doh di dalam acuan pai/tart.

5.    Tuang inti labu dan kismis ke dalam acuan doh dan tutup dengan sekeping doh lagi. Kemaskan keliling acuan.

6.    Sapu bahagian atas doh dengan kuning telur.

7.    Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga keperang-perangan.

8.    Keluarkan dan sedia dinikmati.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI