Korang tahu tak kekacang boleh jadi sajian hidangan yang enak. Selain kacang tanah kekacang seperti pistachio, badam, kacang kuda dan lain-lain memang lemak dan lazat bila dimasukkan dalam bahan ramuan.

(Ditengah) Pengasas Kagumas Culinary Academy, Tn Hj Harun Nordin

Sajian berasaskan sumber lemak tak tepu yang kaya dengan serat, vitamin E, omega 3 yang terkandung dalam kacang memang istimewa sekali. Ikuti resipi sihat ni darin Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini

1.SKEWED CHICKEN WITH SPICY PEANUT SAUCE 

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm dada ayam | dipotong dadu
  • 2 biji lada benggala | dipotong dadu
  • 4 batang lidi sate

Bahan perapan :

  • ½ cawan madu
  • 4 sudu makan kicap cair/pekat
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2.5 sm halia | dicincang halus)
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh daun parsli
  • 2 sudu makan minyak zaitun

Bahan sos kacang berempah :

  • 5 sudu makan mentega kacang
  • 4 sudu makan air
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 ½ sudu kecil serbuk cayenne
  • 1 ½ sudu teh serbuk cili
  • ¼ sudu kecil gula
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan perapan, kacau sebati.
2. Gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu.
3. Perapkan selama dua jam sehingga bahan perapan sebati dengan ayam tersebut.
4. Cili benggala dipotong dadu dan dicucuk secara berselang seli dengan ayam yg diperap tadi
5. Letakkan ayam dan cili benggal yang telah dicucuk lidi sate ke atas pemanggang, dan panggang selama 15 minit.
Cara membuat sos kacang berempah :
6. Cairkan mentega kacang dengan sedikit air.
7. Campurkan minyak bijan, kicap manis dan serbuk cayenne serta serbuk cili.
8. Gaul semua bahan sehingga sebati, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.
9.  Sedia untuk dihidangkan

Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan :Ala sate tetapi dengan ramuan barat
Keistimewaan : Daging dipanggang dengan sos berempah ramuan barat
Anggaran kos : RM 8

Info Chef : Menu sihat menggunakan minyak zaitun dan ayam tanpa kulit. Penggunaan mentega kacang memberikan rasa yang lazat

2. STEAM SEABASS WITH JAPANESE TOFU & PISTACHIO 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
  • Garam secukup rasa
  • 50gm halia | dihiris halus
  • Daun bawang secukupnya | dihiris halus
  • 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
  • 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.

Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Anggaran kos : RM 13

Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

3. CHICKEN VEGETABLE WRAP WITH PISTACHIO & CHIC PEAS 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 1 biji bawang besar | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
  • 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
  • ¾ cawan tomato yang didadu
  • 11/2 cawan keju cedar yang diparut
  • 1 cawan pistachio panggang
  • 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin

6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Anggaran kos : RM 5

Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.

4. BEEF STEW WITH PEANUT 

BAHAN-BAHAN ;

  • 900gm daging dipotong kiub
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 4 kiub stok daging
  • 4 cawan air
  • 1 sudu teh rosemary kering
  • 1 sudu teh selasih /parsli kering
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 biji kentang saiz besar | dipotong kiub
  • 4 biji lobak merah | dipotong ukuran 2.5 sm sekeping
  • 4 batang saderi | dipotong 2.5 sm panjang
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 2 sudu teh kanji jagung
  • 2 sudu the air sejuk
  • 100gm kacang kuda | direneh dan didih

CARA MEMASAK :
1. Di dalam periuk yang besar masakkan daging di dalam minyak masak dengan kepanasan sederhana hingga perang.
2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Masukkan rosemary, selasih dan lada hitam serta kiub daging dan kacau rata.
3. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api ,tutup dan biarkan mereneh selama sejam.
4. Masukkan kentang, lobak merah, dan bawang dan kacang kuda ke dalam periuk, Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu teh air dan masukkan ke dalam stew daging.
5. Tutup dan biarkan mereneh lagi sejam.
6 .Sajian siap dihidang

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama stew daging
Keistimewaan : Stew daging berperisa dengan ramuan yang sebati meresap dalam daging
Anggaran kos : RM 40

Info Chef : Sajian ini mengandungi kacang kuda yang mempunyai kandungan serat dan boleh membantu penghadaman dan system penceranaan.

5. COCONUT ALMOND SMOOTHIE 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/4 cawan susu lemak rendah
  • 1/2 cawan air kelapa
  • 24 biji badam
  • 1 1/2 sudu madu
  • 2 sudu makan nata de coco
  • 2 cawan ketulan kiub ais

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Smoothie sedia untuk dinikmati

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Kisar
Jenis masakan : Minuman dan ‘dessert’
Keistimewaan : campuran badam , air kelapa dan susu menjadikan ia ‘dessert’ mengenyangkan
Anggaran kos : RM 8

Info Chef : Badam mengandungi lemak sihat , serat, protein , magnesium dan vitamin E . Khasiat badam dipercayai dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga gula darah.

RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim

TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web : http ://www.kagumas.com.my