Menu bakeri dan pastri dari The Pearl Hotel, KL ini memang super enak.. Aroma harum dan ‘food presentation’ yang hebat sudah pun membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya.

Ramuan tepung bermutu tinggi, kekacang, coklat, dan buatan roti yang gebu cukup menggambarkan betapa mahir dan seni sentuhan dari Pastri Chef Wan Kaisa Ibrahim dan Pembantu Chef Muhammad Syamsul Fitri Abdul Jalil. Jom cuba buat…

OLIVE HERB POTATO FOCCACIA

BAHAN-BAHAN :

  • 800gm tepung roti | diayak
  • 200gm kentang | direbus dan dilecek
  • 40gm yis
  • 20gm garam
  • 20gm gula
  • 6gm oregano
  • 500ml susu segar
  • 150ml minyak zaitun
  • Buah zaitun secukupnya | dihiris

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.
  2. Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.
  3. Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.
  4. Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.
  5. Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya
  6. Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.

Saiz hidangan : 10 orang

Waktu memasak: 30 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : roti

Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat

INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.

CINNAMON APPLE FRIES

BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji epal hijau | dikupas kulitnya
  • 50gm tepung
  • 100gm gula
  • 20gm serbuk kulit kayu manis
  • Minyak masak secukupnya
  • Krim segar secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Kupas kulit epal dan potong memanjang. Buang bijinya
  2. Salutkan dengan tepung
  3. Goreng dalam minyak penuh, hingga perang keemasan
  4. Kemudian salutkan dengan serbuk kulit kayu manis dan gula
  5. Hidangkan dengan krim segar

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak: 10 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kudapan manis

Keistimewaan : Tekstur rangup dan manis epal yang lazat

INFO CHEF : Gunakan epal rangup granny smith untuk tekstur lebih rangup. Dan goreng dalam minyak penuh supaya gorengan tidak melekat.

CHOCOLATE MOUSSE

 BAHAN-BAHAN :

 Bahan chocolate mousse :

  • 456gm krim
  • 116gm gula
  • 349gm coklat gelap
  • 40gm serbuk gelatin
  • 100gm krim putar | dikaup balik

Bahan coffee custard :

  • 110ml susu
  • 100ml kopi espresso
  • 100gm kuning telur
  • 40gm gula
  • *500gm coffee custard dimasukkan ke dalam :
  • 250gm coklat gelap
  • 10gm serbuk gelatin

 

CARA MEMASAK :

Cara masak chocolate mousse :

  1. Didihkan krim dengan gula.
  2. Masukkan coklat dan gelatin yang dicairkan
  3. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk beku selama 20 minit
  4. Masukkan krim putar, kaup balikkan.

Cara masak coffee custard :

  1. Didihkan susu dan kopi
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan putih telur dan gula, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan larutan susu kopi mendidih tadi ke dalam campuran telur. Biarkan masak hingga pekat dan masukkan pula coklat dan gelatin
  4. Kacau hingga sebati, masukkan dalam acuan bulat dan bekukan selama 1 jam

*Anda boleh sapukan topping coklat untuk melazatkan mousse bila dikeluarkan dari peti sejuk

Saiz hidangan : 1.2 kg

Waktu memasak: 2 jam termasuk tempoh sejuk beku

Cara memasak : Dingin dan beku

Jenis masakan : Pencuci mulut

Keistimewaan : Lemak berkrim dan kaya dengan rasa coklat dan kopi

INFO CHEF : Gunakan biji kopi segar dan coklat berkualiti  untuk memastikan rasa yang lebih enak.

HONEY GOLDEN RAISIN LOAF

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti
  • 20gm gula perang
  • 8gm garam
  • 10gm yis kering
  • 30ml madu
  • 50gm mentega
  • 250ml air
  • 150gm kismis kuning

CARA MEMASAK :

  1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
  2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
  4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
  5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
  6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
  7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit

Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang

Waktu memasak: 20 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : Roti

Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega

INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.

SUGAR DOUGH (TART SHELL)

BAHAN-BAHAN :

Bahan sugar dough :

  • 1000gm tepung gandum
  • 250gm gula
  • 250gm mentega
  • 3 biji telur

Bahan inti badam :

  • 300gm mentega
  • 300gm gula
  • 300gm serbuk badam
  • 5ml esen vanilla
  • 100gm tepung kek
  • Pistachio panggang secukupnya | hiasan
  • Krim segar secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK :

Cara buat sugar dough :

  1. Campurkan tepung dan gula dan tambahkan tepung.
  2. Kemudian masukkan mentega, adunkan jadi doh
  3. Masukkan dalam acuan tart dan tekan rata doh dan di sekeliling acuan
  4. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar 15 minit.

Cara buat inti badam:

  1. Pukul gula dan mentega selama 5 minit.
  2. Tambahkan serbuk badam, esen vanila dan tepung kek
  3. Panaskan oven dan tuangkan dalam acuan tart berisi doh dan bakar selama 20 minit.
  4. Hiaskan dengan pistachio panggang atau badam panggang

Saiz hidangan : 3 acuan tat, 8 orang

Waktu memasak : 25 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan: Tat

Keistimewaan: Sesuai dimakan sebagai sajian petang, doh rapuh dan inti badam yang enak.

INFO CHEF : Anda boleh juga meletakkan hirisan nenas atau epal di atasnya sebelum membakar.

 

RESIPI : CHEF WAN KAISA IBRAHIM DAN ASST CHEF MUHAMMAD SYAMSYUL FITRI ABDUL JALIL

Terima kasih : NORA ISMAIL, THE PEARL HOTEL KL, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur