Untitled design (31)

Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lebih lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Kek berasaskan coklat dan koko juga amat sedap bila dikukus.

Ni min kongsikan 5 resipi kek dan brownies berasaskan koko dan coklat ni yang disediakan oleh penulis buku Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21, Norbaini Rahwi.

1. BROWNIES KUKUS KEJU

5 Aneka Kek Kukus Coklat, Tak Ada Oven Pun Jadi Juga
.

BAHAN-BAHAN:
Bahan A :

  • 115 gm putih telur
  • 10 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalet

Bahan B :

  • 80gm tepung gandum | diayak
  • 20gm serbuk koko | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
  • 70 ml minyak jagung/masak
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 4 keping keju cheddar
  • 50 gm cip coklat
  • Sedikit parutan keju | untuk hiasan

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.

INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari kukusan supaya brownies tidak basah.

2. KEK KUKUS COKLAT BADAM

5 Aneka Kek Kukus Coklat, Tak Ada Oven Pun Jadi Juga
.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 75 gm gula kastor

Bahan B:

  • 65 gm tepung gandum | diayak
  • 25gm serbuk badam | diayak
  • 15gm serbuk koko | diayak
  • ¼ sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan
  • 50 ml susu segar
  • 25 ml minyak jagung/masak

Bahan topping :

  • 400 gm whipping cream/fresh cream
  • 20 gm gula aising
  • 50 gm Nutella

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
2. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
3. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
4. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

IKLAN

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.

INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.

3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU

5 Aneka Kek Kukus Coklat, Tak Ada Oven Pun Jadi Juga
.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :

  • 6 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 75 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalete

Bahan B :

  • 60 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C:

  • 30 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh coffee emulco

Bahan D :

  • 30 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping’:

IKLAN
  • 200gm whipping cream/fresh cream
  • 20gm gula aising
  • 30gm Nutella

Bahan untuk lapisan:

  • 9 keping keju cheddar

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
7. Panaskan periuk kukusn, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
8. Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
3. Siap untuk di hidang.

Saiz hidangan: 1 tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak

INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.

4. KEK KUKUS GULUNG OPERA

5 Aneka Kek Kukus Coklat, Tak Ada Oven Pun Jadi Juga
.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :

  • 200 gm putih telur
  • 80 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalet

Bahan B:

IKLAN
  • 65 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk badam
  • ¼ sudu kecil baking powder | diayak

Bahan C :

  • 25 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan topping/sapuan:

  • 200 gm whipping cream/fresh cream
  • 20gm gula aising
  • 40gm nutella

CARA MEMASAK :
Kek :
1 Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar segi empat 25sm x 25 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2 Pukul bahan Ahingga kembang
3 Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
4 Panaskan periuk kukus, tuang dan kukuskan kek selama 15 minit.
5 Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
3.S iap untuk di hidang.

Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Lebih rasa koko dan coklat nutella

INFO CHEF : Jangan kukus terlebih masa kerana ia akan menjadi terlalu padat.

5. KEK KUKUS KEJU COKLAT

5 Aneka Kek Kukus Coklat, Tak Ada Oven Pun Jadi Juga
.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :

  • 3 biji telur
  • 260 gm gula kastor
  • ½ sudu teh ovalet

Bahan B:

  • 180 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan C :

  • 1 cawan susu segar
  • 125 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen Vanila

Bahan lapisan krim keju :

  • 250 gm krim keju
  • 20 gm gula aising
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar bersaiz 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan minyak jagung ,akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan 1 bahagian kek selama 15 minit.
7. Setelah masak keluarkan kek dan tuang adunan keju dan kukus lagi selamat 10
8. Selepas 10 minit keluarkan loyang dan tuang baki sebahagian adunan. Kukuskan lagi selama 15 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di hidang.
Krim keju keju :
1. Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut.
2. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap.
3. Sapukan di antara lapisan kek

Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi 18 sm x 18 sm
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek coklat yang dilapiskan keju memang hebat rasanya

INFO CHEF : Pada pembuatan kek kukus, penggunaan ovalete seringkali diguna sebagai penstabil supaya kek kukus yang menggunakan teknik lapisan akan stabil bila dibiarkan lama di luar.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI