Peria dan terung kalau tumis dengan ikan bilis tumbuk lebihkan cili padi, hasilnya memang terbaik. Sedap sungguh, makan pulak dengan nasi panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah. Kalau ramai yang suka, boleh cuba masak sendiri kat rumah ye, senang dan cepat je nak buat ni. Tak perlu nak pakar-pakar masak sangat. Cuba je.

3 Resipi Sambal Bilis Campur Sayur, Padu Sedapnya.
SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm terung pipit | buang tangkai
  • 150gm hirisan daging rebus
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering.
4. Kacau rata hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi.
6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

IKLAN

3 Resipi Sambal Bilis Campur Sayur, Padu Sedapnya.
TUMIS TERUNG CILI PADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji terung panjang | buang sedikit kulit, belah dan potong dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 biji cili merah
  • 8 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
4, Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata.
6. Tutup api dan terung sedia dihidangkan.

IKLAN

3 Resipi Sambal Bilis Campur Sayur, Padu Sedapnya.
TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji peria | buang biji dan hiris nipis
  • 1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan.
2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi.
4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
5. Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api.
7. Tumis peria sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI