Dua kuih pencuci mulut ini memang sedap dimakan bersama dengan air kopi atau teh. Rasa lemak manis dan kenyal memang enak dikunyah sebagai pencuci mulut.

2 Kuih Tradisional ,Getas Dan Abuk-abuk… Gandingan Enak DiMakan Bersama.

Jika getas rasa manis dari disira gula, kuih abuk-abuk pula dari gula merah pula. Jom cuba buat sendiri memang puas hati lah kan.

 KUIH GETAS

2 Kuih Tradisional ,Getas Dan Abuk-abuk… Gandingan Enak DiMakan Bersama.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1cawan air | atau secukupnya
  • 1sudu teh garam

Bahan sira gula :

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air

CARA MEMASAK :

  1. Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat, nanti susah nak bentuk).
  2. Uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Panaskan minyak masak dan gorengkan kuih getas.
  3. Dalam bekas/kuali yang lain, masakkan pula air dan gula hingga berbuih..
  4. Biarkan betul-betul pekat (apabila sudah berbuih) baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi, tutup api, kacau dan golekkan dalam gula tadi hingga kering. Biar gula melekat pada kuih.

Saiz hidangan : 20- 25 keping , saiz nuget

IKLAN

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Lemak manis dan lembut serta kenyal teksurnya

INFO CHEF: Apabila campuran air dan gula sudah berbuih, itu tandanya ia sudah pekat dan boleh dimasukkan kuih getas di dalamnya. Jangan lupa tutup api dan biarkan gula menyalut kuih dengan rata.

IKLAN

KUIH ABUK -ABUK

2 Kuih Tradisional ,Getas Dan Abuk-abuk… Gandingan Enak DiMakan Bersama.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan biji sagu
  • 2 cawan kepala parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 10 calong daun pisang, lidi penyemat

CARA MEMASAK :

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
  5. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
  6. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
  7. Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 4- 5 orang makan

IKLAN

Masa memasak : 15 minit

Cara memasak : Kukus

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.

INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI