Kalau sebelum ni asyik dengan kuih muih manis, apa kata korang  pilih menu yang pedas untuk dijadikan buah tangan balik kampung untuk ibu atau mentua di kampung. Atau sebagai hidangan minum petang  cuti hujung minggu.  Korang boleh je pilih satu dua dari koleksi yang RASA kongsikan ini. Gerenti tidak menghampakan selera.

CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 75 gm tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • 170 ml santan
  • 2 sudu makan mentega | dicairkan
  • Beberapa titik pewarna kuning makanan
  • Secubit garam

Bahan Inti:

  • 100gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 keping hirisan halia | dicincang
  • 1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan  sos tomato
  • 1 sudu teh cili kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam kisar
  • 1 pokok daun sup | dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Sediakana inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
  2.  Tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
  3. Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
  4. Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
  5. Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
  6. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
  7. Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
  8. Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  9. Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
  10. Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
  11. Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.
  12. Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.
  13. Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.

CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram keledek | direbus dan lenyek
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

 Bahan Inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • 100gm udang kering  | direndam dan dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 7 biji cili merah | dikisar
  • 1cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
  2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
  3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
  5. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
  6. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  7. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

 

KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN:

Doh:

  • 500gm tepung gandum
  • 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Inti:

  • 1tin sardin saiz sederhana
  • 1labu bawang besar | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 biji ubi kentang  | dipotong dadu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
  1.  Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
  2.  Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan  gula.
  3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
  4. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
  5. Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
  6. Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
  7. Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.
  8. Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
  9. Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
  10. Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
  11. Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan  masukkan inti dan klim tepinya.
  12. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.

KUIH BAKAR BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

Bahan Inti:

  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • Sedikit daun bawang | dihiris halus
  • Sedikit daun sup | dihiris halus
  • 2 biji cili merah  | dihiris serong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Bater:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
  2. Udang kering dikisar kasar.
  3. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah
  5. Masukkan daging kisar.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  7. Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
  8. Kemudian sediakan adunan tepung. Pukul telur bersama garam.
  9. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  10. Kalau berketul-ketul, tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  11. Seterusnya panaskan acuan kuih bakar, kemudian sapukan sedikit minyak.
  12. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  13. Diikuti dengan masukkan inti daging dan letakkan cili potong dan taburkan daun sup, daun bawang.
  14. Bakar menggunakan ketuhar atau atas dapur biasa tetapi tutup atasnya dengan penutup periuk.
  15. Setelah masak, biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.

POPIA BASAH

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuk
  • secubit garam

Bahan Inti:

  • 1/2 biji kobis  | dihiris halus
  • 2 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak  untuk menumis
  • Sambal:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Minyak masak untuk menumis
  • Ggaram, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang tanah | dikisar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  2. Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
  3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  4. Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  5. Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  6. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  7. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
  8. Seterusnya untuk membuat sos,
  9. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  10. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  11. Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

POPIA OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia segera

  • 300 gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus lima
  • 1 helai daun kunyit  | dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 3cm lengkuas
  • 2  biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
  2. Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
  3. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
  4. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  5. Gaul sebati dan ketepikan.
  6. Seterusnya, ambil kulit popia.
  7. Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
  8. Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
  9. Hidangkan ketika ia masih panas.

POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia

  • 2 sudu makan bijan  | disangai
  • ½ biji sengkuang | diparut halus
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • Sedikit kobis  | dihiris halus
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 2 sudu makan taucu  | dikisar kasar
  • Sedikit  tauge | dibuang ekor
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula  secukup rasa

Bahan Sambal:

  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu teh bawnag  putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula atau gula putih

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  3. Ttutup api dan sejukkan.
  4. Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
  5. Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
  6. Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
  7. Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
  8. Tutup api dan taburkan bijan.
  9. Siap untuk dihidangkan.

POPIA GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji sengkuang kecil  | diparut halus
  • 1 mangkuk kubis  | dihiris halus
  • 1 biji bawang besar  | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak

 CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
  4. Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Tutup api dan sejukkan.
  7. Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
  9. Angkat dan toskan minyaknya.

PULUT PANGGANG 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras pulut | direndam semalaman
  • 1 liter santan cair
  • Secubit garam

Bahan Inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 50gm udang kering | direndam dan dikisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis | disangai dan dikisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih | disangai dan dikisar
  • 2 sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
  • 125gm cili boh
  • 125ml air
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
  2. Kukus pulut setengah masak.
  3. Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
  4. Kukus sekali lagi hingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Untuk intinya, panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  7. Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
  8. Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula, serbuk jintan manis, jintan putih serta halia, lengkuas, serai dan kunyit.
  9. Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
  10. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyat dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
  11. Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
  12. Akhir sekali panggang hingga masak dan garing.

 

PULUT SERUNDING KELAPA

BAHAN PULUT:

  • 250 gm
  • 150ml santan pekat
  • 150ml air
  • 1 sudu teh garam

BAHAN SERUNDING:

  • 200gm  kelapa parut | putih sahaja
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 1-2 sudu  makan udang kering | dikisar
  • 1 batang serai |dikisar
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit  minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Basuh pulut, kemudian dan kukus hingga masak.
  2. Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
  3. Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
  4. Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serunding. Jangan terlalu garing.
  5. Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut citarasa/
  6. Kemudian gaulkan dalam serunding.
  7. Sedia dihidangkan.

BURGER MALAYSIA

BAHAN-BAHAN:

  • 3cawan tepung gandum
  • 3sudu makan gula halus
  • 4sudu makan susu tepung
  • 3sudu makan lemak sayur
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh instant yis
  • 250ml air suam

Bahan Inti

  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya

CARA MEMAMASAK:

  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan satu sudu teh gula halus
  2. Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih.
  3. Sementara itu, masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  4. Tuang bancuhan yis dan gaul hingga sebati.
  5. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan.
  6. Kemudian bentukkan doh seperti bebola sama besar.
  7. Susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit.
  8. Perap 35 – 45 minit atau hingga kembang.
  9. Panaskan minyak, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
  10.  Setelah sejuk, belah dua dan sapu dengan sedikit sambal tumis dan letak sekeping hirisan timun.