Orang Malaysia sekarang semakin ramai menyukai pasta, malah di kalangan orang muda dan kanak-kanak  lebih menyukai pasta dari nasi. Untuk mempelbagaikan cita rasa kali ini RASA bawakan 10 menu olahan pasta sesuai dengan cita rasa orang Malaysia yang tidak kalah sedapnya. Anda semua boleh cuba atau  boleh jadikan idea ini untuk cipta menu sendiri ikut selera keluarga.

SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm makaroni | rebus dan tos
  • 200gm daging | rebus dan simpan airnya
  • 1/2 batang seleri
  • 3-4 biji padi | hiris
  • Sedikit hirisan daun bawang dan sup
  • 1 batang serai | titik
  • Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu the serbuk lada sulah
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak untuk menumis

BAHAN Kisar:

  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawag putih

CARA MEMASAK:

  1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
  3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
  5. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
  6. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
  7. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
  8. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
  9. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
  10. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya.
  11. Sup macaroni sedia dihidangkan.

FETTUCINE KARI UDANG

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kuah Kari:

  • 100gm isi dada ayam | hiris nipis dan kecil
  • 500ml santan
  • Air secukupnya
  • 1batang serai | titik
  • 4-5 biji cili padi | hiris
  •  2 keping asam gelugor
  • Rempah penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3sudu rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari  | lurut dari tangkai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Bahan Isian:

  • 300gm pasta fettucine | rebus dan tos
  • 200gm udang saiz XL | bersih dan goreng
  • 1 keping fish cake | rebus dan hiris nipis
  • 1 keping tauhu | hiris  nipis
  • 1/2batang lobak merah | hiris batang mancis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama daun kari
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan pula bancuhan campuran rempah kari dengan serbuk kunyit.
  4. Tumis hingga pecah minyak, masukkan isi ayam dan hirisan cili dan kacau lagi.
  5. Masukkan santan, sedikit air dan asam gelugor.
  6. Setelah mereneh masukkan serai dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api.
  8. Masukkan pasta fettucine dalam mangkuk kemudian tuang kuah dan hias atasnya dengan udang goreng termasuk bahan hirisan lainnya.
  9. Fettucine kari udang sedia dihidangkan.

FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
  • 150gm daging kisar
  • 200ml santan pekat
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 hirisan lengkuas
  • 2 hirisan halia
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
  4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik.
  7. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Setelah cukup rasa. Tutup api.
  9. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar.
  10. Sedia dihidangkan.

PASTA HALUS LEMAK DAGING SALAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm pasta | rebus dan tos
  • 150gm daging salai | hiris nipis
  • 300ml santan pekat
  • Sedikit air
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan air, gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.
  3. Setelah mendidih tambahkan asam gelugor dan hirisan daging salai.
  4. Seterusnya masukkan santan, kacau rata, jika agak pekat tambah sedikit air.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama pasta.

PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm pasta | rebus & tos
  • 10-12 biji bebola daging
  • 150ml susu segar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 3 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
  4. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
  7. Pasta sedia dihidangkan.

 

PASTA SAMBAL UDANG TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm pasta | rebus dan tos
  • 200 gm udang saiz XL | buang kulit dan bersihkan
  • 1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, kacau 2-3 minit.
  4. Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau seketika, setelah cukup rasa tutup api.
  6. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuangkan sambal di atas pasta.
  7. Pasta sedia dihidangkan.

 SUP PASTA AYAM  PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm pasta  sayur-sayuran kanak-kanak
  • 100gm isi dada ayam | hiris kecil
  • 50 gm sayur campur | jagung, lobak merah dan kacang hijau
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 mangkuk air rebusan pasta

Bahan Cincang Halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan cincang hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan pasta.
  3. Setelah mereneh, masukkan ayam dan kuib pati ayam (telah dihancurkan).
  4. Apabila ayam masak, masukkan pula dengan sos tiram, tomato dan cili.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukupnya.
  6. Tutup api.
  7. Masukkan pasta dalam mangkuk, kemudian tuang sup di atasnya.
  8. Pasta sedia dihidangkan.

 

PASTA CENGKERANG GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm pasta cengkerang | rebus dan tos
  • 100gm isi dada ayam | hiris kecil
  • 100gm udang | buang kulit dan cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 3 helai daun limau purut | hiris halus
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan cili, serai dan daun limau purut.
  4. Kacau seketika masukkan pes tomyam.
  5. Tambahkan sedikit air dan masukkan hirisan isi ayam dan udang.
  6. Perasakan dengan serbuk pati ayam. garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan pasta cengkerang, gaul rata.
  8. Tutup api, pasta sedia dihidangkan.

 

PASTA SPIRAL  GORENG KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm  pasta spiral | rebus dan tos
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 keping fish cake | hiris kecil
  • 100gm  isi ayam | hiris kecil
  • 1 kiub pati ayam | hancurkan
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan yogurt
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air rebusan pasta
  • 3-4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Setelah wangi masukkan bancuhan rempah kari bersama serbuk cili.
  4. Setelah timbul minyak tambah di dalamnya sos tomato, cili dan tiram.
  5. Kacau rata, kemudian masukkan hirisan ayam dan fish cake.
  6. Seketika kemudian tambahkan dengan sayur campur dan sedikit air rebusan pasta.
  7. Setelah sekata, masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata dan tutup api.
  9. Pasta goreng sedia dihidangkan.

PASTA PENNE GORENG TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm  pasta  panne | rebus dan tos
  • 50gm  isi dada ayam | hiris kecil
  • 50gm  udang | buang kulit  dan potong kecil
  • 50gm  sotong | hiris bulat
  • 50gm hirisan cili benggala merah
  • 50gm hirisan cili benggala hijau
  • 50gm hirisan lobak merah
  • 50gm hirisan kacang buncis
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 2 sudu makan tauchu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Masukkan pes cili, kacau rata, kemudian tambah tauchu.
  4. Kacau rata, masukkan pula hirisan isi ayam, udang dan sotong.
  5. Seterusnya tambahkan sayur campur dan hirisan cili.
  6. Perasakan dengan pati ayam yang telah dihancur, gula dan garam jika kurang masin.
  7. Setelah cukup rasa, masukkan pasta dan hirisan cili benggala dan lobak merah,
  8. Gaul rata, seketika kemudian tutup api.
  9. Pasta sedia dihidangkan.