Ni dia bihun Singapura yang cukup popular dengan keenakannya. Resipi ini adalah perkongsian dari Zaky Mat Ali. Bahan dan cara memasaknya pun mudah aje, sesuai sangat dimasak masa PKPB ni
Bihun Singapura ni tak menggunakan pes cili kering, cukup dengan ramuan lada hitam dan cili hidup aje. Kalau tengok langkah -langkah memasak daripada Zaky ni memang gerenti sedaplah.
Untungnya si isteri yang dapat suami pandai dan rajin ke dapur, tu rezeki juga namanya dapat jodoh yang suka membantu isteri dan yang bestnya boleh jadi leader chef kat dapur. Kata Zaky “Makan bersama sambal kicap memang sedap!.”
BIHUN SINGAPURA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar
- 3-4 biji bawang merah – beli online DI SINI
- 5-6 biji bawang putih – beli online DI SINI
- 1 sudu lada hitam – beli online DI SINI
- 2 sudu udang kering – beli online DI SINI
- 2 inchi halia – beli online DI SINI
.
Bahan lain
- 400 gm bihun. | Zaky guna jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur.-beli online DI SINI
- Udang (dibuang kulit)
- Isi ayam
- Fish Cake
- Daun kucai
- Lobak merah
- Cili
- Garam/ Gula
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Masukkan garam dan gula.
3. Masukkan bihun, lobak merah, kucai dan cili. Kacau rata, siap.
Kredit foto & resipi : FB Zaky Mat Ali
INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR BARU UNTUK MENGISAR BAHAN RAMUAN BIHUN, BELI DI SINI
VIDEO MASAKAN INI MEMANG MENGANCAM SELERA, LAYARI LEBIH BANYAK LAGI VIDEO LAGI DI YOU TUBE @ Majalahrasaofficial
DAN RESIPI-RESIPI INI :
Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Untuk Menu Ramadan Ni.
Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dalam menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’
Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dalam dan luarnegara pun tau.
Boleh jadi inspirasi untuk sahur dan berbuka nanti
1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
- 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
- 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 biji jus lemon
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 biji bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
- 10 biji cili padi
- 1 biji jus limau nipis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
3. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 biji bawang besar /dikisar
- 3 ulas bawang putih/dikisar
- 15 biji cili kering/rebus dan dikisar
- 200 gm petai /dibuang kulit dan belah
- 1 asam keping
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal
Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
- 250gm udang saiz sederhana
- 1 mangkuk kecil terung pipit
- 5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
- 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
- 2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
- 1 biji bawang besar/dihiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Jom Buat Bebola Ikan Homemade, Sedap dan Berbaloi
Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup. Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur. Kalau nak buat sendiri bebola ikan, RASA kongsikan resipinya.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
Cara Masak Sup Tauhu Telur Paling Sedap Untuk Berbuka
Jika ke kedai makan atau restoran, menu tauhu telur bersama kuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.
BAHAN-BAHAN:
- Tauhu telur – dipotong
- 1 tangkai daun bawang – dihiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
- Kiub pati ayam secukup rasa
- 1 biji telur
- Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
- Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
- Masak lagi kuah hingga mendidih.
- Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
- Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shaiela Ehin