Sambal sotong yang sangat lazat dan mudah untuk dimasak. Aroma bahan rempah kari menambah rasa padu pada sambal. Pedas dan berempah memang enaklah
SAMBAL SOTONG TUMIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong
- Serbuk Kunyit
CARA MEMASAK:
1. Cuci dan toskan.
2. Kemudian digaul dengan sedikit serbuk kunyit
3. Panaskan kuali, goreng sebentar sotong yang telah digaul serbuk kunyit tadi. Angkat dan ketepikan.
BAHAN MENUMIS:
- 1 biji bawang besar – potong memanjang
- 3 ulas bawang putih – diketuk
- 1/2 inci halia – dimayang halus
- 3 biji cili padi – dibelah 2 (boleh juga gunakan cili besar ye)
- 2 pelepah daun kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar rempah kari ikan
- Air
- Garam
- Gula
CARA MEMASAK:
1. Guna kuali yang sama goreng sotong tadi, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumisan. Kecuali serbuk cili, rempah kari dan cili api.
2. Bila bahan tumisan sudah agak kekuningan, masukkan serbuk cili, rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika sehingga rempah agak garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan cili api, garam serta gula. Gaul mesra dan siap.
INFO:
- Jika tidak suka gunakan serbuk cili boleh tukar ke cili kisar.
- Boleh gunakan daun limau purut untuk bau yang harum.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mim Nazihah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Ferrero Cookies Yang Sedap Ini, Mudahnya.
Bila sesuatu makanan tu rasa sedap, anda mesti terdetik untuk cuba buat sendiri bagi dapatkan kepuasan menikmati keenakannya, cookies ini antara biskut raya premium yang akan jadi rebutan dan pilihan ramai tetamu anda. Oleh itu jangan abaikan cookis ini ye. Resipi RASA dah kongsikan di sini, anda hanya perlu sediakan bahan dan buat je, mudahkan.
FERRERO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan susu tepung
1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
2 cawan tepung | jika doh lembik sangat tambah sedikit tepung
Kacang Hazelbut secukupnya | dipanggang
Kacang badan nib secukupnya | dipanggang
Coklat Beryl’s Milk compound secukupnya | dicairkan
CARA MEMBUAT:
- Pukul mentega dengan gula asal kembang, masukkan serbuk badan, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung dan tepung beras.
- Kacau rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh sebati dan boleh digentel dengan elok.
3. Bentukkan bulat doh, masukkan kacang hazelnut di dalamnya sebiji. Bulatkan semula dan bakar hingga masak dan sedikit garing (untuk rangup)dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan pada suhu 160-170C selama 20 minit, ikut jenis ketuhar anda.
4. Sejukkan, sementara itu cairkan coklat, masukkan kacang badan nib dalam coklat.
5. Tutup api dan celupkan biskut di dalam coklata dan letakkan dalam papercup.
6. Biar hingga keras atau letak dalam freezer sekejap.
7. Simpan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Kredit : faizah adzmi MAHI
Resipi Ikan Bawal Sos Lada Hitam. Memang Terangkat Rasa Dia!
Buat penggemar Ikan Bawal, selain dibuat sambal dan kari, anda juga boleh cuba masak lada hitam ini. Sos lada hitam yang enak akan memberikan rasa berbeza kepada masakan. Lebih pedas pasti lebih terangkat.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal | bersihkan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing
- 2 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 4 biji cili padi | hiris
- 2 biji cili hijau | hiris
- 2 biji bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar |belah dua dan hiris
- 1cm halia | hiris
- 1 cawan air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Lebihan minyak bekas gorengan ikan tadi, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah pekat.
6. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.
Kuih Muih Orang ‘Lama’ Tak Jemu DiMakan. Mudah Kan Bakar Je…
Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan.
Rugi kalau tak cuba…
1.KUIH CARA
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa/sederhana pekat (dari 1/3 biji kelapa)
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya /sebagai inti
- Garam secukup rasa/ untuk rasa lemak masin
- Sedikit minyak masak /untuk griskan acuan cara
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF : Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 2 cawan santan /santan kotak yang pekat
- 1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
- Secubit garam
- Pewarna hijau jika suka
- 1 sudu teh esen vanila jika suka
- Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci)
Masa memasak : 45 minit hingga sejam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF : Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
- 2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
- 3/4 cawan gula pasir
- Sedikit sagu daripada ubi kayu
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in)
Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF : Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji pisang emas /dilecek
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred B
Bahan diayak :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
- 1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF : Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.