Rasa kuah yang pedas dan enak dilengkapi dengan rasa telur yang lemak-lemak masin. Pergh…memang layan habis! Petua untuk mendapatkan asam pedas telur masin yang sempurna, kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah. Hasilnya masakan anda kelihatan menarik dan enak!
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 sudu teh halba
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- ½ inci halia |kisar
- ½ inci kunyit hidup |kisar
- Sedikit air asam jawa
- 2 tangkai daun kesum
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
- Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Cara Masak Telur Puyuh Yang Simple Tapi Sedap
Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
4 Aneka Masakan Cina Sungguh Menyelerakan & Sedap.
Sekali sekala tukar selera masak sajian Cina memang sedap nih. Best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa. Cendawan, asparagus, akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak.
Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat rasanya. Ni min kongsikan 4 hidangan Cina yang boleh meleleh air liur melihatnya.
1. SAUTÉED ASPARAGUS WITH SHIMEIJI MUSHROOM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm asparagus | kupas kulit dan potong
- 20gm shimeiji mushroom
- 20gm lily bulb segar | asingkan lapisan demi lapisan
- 3gm bawang putih | kupas dan biar sebiji sebiji
- 3gm garam
- 3gm serbuk ayam
- 3gm gula
- 30gm minyak masak
CARA-MEMASAK
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan.
2. Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi.
4. Tutup api dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.
Info chef: Lily bulb merupakan akar tangkai (rootstalk) bunga lily dan mirip seperti bawang putih. Di dalam perubatan Cina, ia dikatakan berkhasiat membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa segar sayuran
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
2. SAUTÉED SCALLOPS WITH ASSORTED VEGETABLES & MACADAMIA NUTS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kekapis (scallop)
- 50gm Kacang Macadamia panggang
- 50gm Batang saderi| hiris
- 50gm Sweet Pea
- 10gm Lily Bulb | asingkan lapisan demi lapisan
- 50gm Lobak merah | hiris
- 50gm Halia | hiris
- 50gm Akar teratai | hiris
- 3gm Garam
- 3gm Serbuk ayam
- 3gm Gula
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sweet pea, hirisan lobak merah, halia, saderi, lily Bulb, akar teratai dan kekapis. Kacau sekata kira-kira seminit.
2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Goreng kira-kira 30 saat.
3. Kemudian masukkan kacang macadamia dan teruskan menggoreng untuk 10 saat lagi. Tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Tekstur kekapis yang agak kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
3. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
- 50gm Shimeiji Mushroom | bersihkan, asingkan setiap batang
- 40gm Serbuk kuning telur masin
- 20gm Serbuk Keju Parmesan
- 5gm Serbuk ayam
- 10gm Gula
- 100gm Planta
- 800gm Minyak masak
- 100gm Tepung gandum
- 60gm Air
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
2. Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
6. Hidangkan ketika panas.
Info chef: Cara membuatnya seperti membuat cendawan goreng celup tepung.
Saiz hidangan: 2-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Sangat sedap
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan goreng
4. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
- 600gm Daging lembu Australia | bersihkan, potong dadu kira-kira 1.5cm besar
- 50gm Capsikum hijau | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum merah | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Capsikum kuning | potong dadu 1.5cm lebar
- 50gm Lobak merah | hiris nipis, bentukkan seperti bunga
- 20gm Cili kering | potong
- 30gm Spicy Hot Bean Sauce
- 20gm Sos tiram
- 10gm Serbuk ayam
- 4 sudu makan air
- 50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Daging yang masih agak kenyal ketika dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Cara Mudah Buat Parpu Telur
Orang utara mesti tau ni masak apa..ni namanya masak parpu teloq. Kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dgn teloq pecah..baru best Ini kalau makan dengan roti atau nasi panas-panas memang sedap yang amat. Korang cuba resipi ni.
PARPU TELUR
Kacang parpu..perlu rendam semalaman
Teloq..tepulang nak rebus atau pecah
Santan..
Sebok kunyit skit..
Garam..
Sebok perisa jika nak..
Ubi kentang..tomato belah 4
BAHAN BLEND..
Bawang besaq..
Bawang putih..
Halia..
BAHAN TUMIS DARAT..
Bawang besaq..hiris
Bawang putih..hiris
Daun kari..
Cabai kering potong 2..
CARA MEMASAK..
Rebus kacang parpu yg rendam semalaman tu dlm periuk atau kuali..pastu tuang bahan blend n sebok kunyit..boh minyak skit na..pastu rebus sampai parpu lembut..bila dah lembut dah boleh boh ubi kentang bila ubi dah empuk boh santan teloq garam n sebok perisa..kemudian boh tomato..pastu tumis bahan yg tumis darat tadi dgn minyak skit na..bila dah agak2 garing dah boleh tuang atas masak parpu kita td..pastikan kuah mendidih dlu na..kemudian tutup api..dah boleh dhidang..
Kredit Resepi : masni bahari