Selain cucur dan kuih muih enak dijadikan menu hidangan petang, wadai kipeng ini pun boleh anda cuba. Ini menu orang Banjar. Siapa yang tak pernah makan bolehlah cuba nanti ikut resipi yang dikongsi ini. Kuah wadai ni diletakkan durian lagi tambah enak.
WADAI KIPENG
Bahan-bahan:
500g tepung beras pulut
Air
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Satukan tepung pulut dan garam, masukkan air sikit-sikit kemudian uli tepung sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Jangan terlalu lembik.
2. Gentelkan doh sebesar guli kemudian tekan dengan jari bahagian tengah bagi leper.
3. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi hingga masak. Bila doh tu dah masak ia akan timbul sama macam buat kuih buah Melaka. Toskan.
Kuah wadai kipeng
Bahan-bahan:
1 kotak/1biji santan kelapa
1 cawan gula merah(dibancuh dengan air dan tapis)
4 sudu makan gula perang
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
3-4 ulas durian (optional)
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Satukan gula merah, gula perang, daun pandan, garam, durian dan air. Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair, kalau tak cukup baru tambah sikit-sikit. Masak sampai mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan doh yang dah masak tadi beserta santan. Didihkan sampai masak, jangan pecah minyak pula, kena kacau sekali sekala. Jika kurang manis boleh tambah gula perang. Jika nak tambah sagu pun boleh.
Resepi & hasil air tangan suami_Joe Strangers
Kredit : FB Janna Hanie
Hidangan Popular Dari Timur Tengah, Sedap Dimakan Bersama Roti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Berasaskan Roti, Yang Akhir Sekali Wajib Cuba
Mudah, ringkas dan sedap! Itu yang boleh dikatakan tentang tiga resipi roti yang dikongsikan kali ini.
Tidak perlu nak berlama-lama di dapur untuk menyiapkannya. Walaupun menggunakan bahan sedia ada, tapi kita olah mengikut selera dan kreativiti sendiri.
ROTI SARDIN
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti putih – beli online di sini
Marjerin (digunakan semasa membakar roti) – beli online di sini
1 tin sardin (sesudu kuah dan 2 ekor ikannya – hancurkan) – beli online di sini
½ bawang besar | hiris nipis
3 biji cili padi | potong kecil – beli online di sini
2 biji telur ayam
CARA-CARA:
1.Campurkan sardin, bawang besar, cili padi dan telur ayam. Kacau sebati
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit marjerin.
3. Celup roti ke dalam adunan tadi. Letak atas kuali, balikkan roti setelah bahagian yang bawahnya masak. Tunggu sebentar biarkan bahagian yang baru dibalikkan tu pula masak. Siap!
Kredit resipi: Mazlina Haji Ismail
ROTI PAUNG
BAHAN-BAHAN:
500g tepung roti/tepung gandum – beli online di sini
1/4 cawan air suam
1/2 cawan air sejuk atau air + ais
11g yis – beli online di sini
1 biji telur
1/2 cawan gula – beli online di sini
4 sudu besar majerin – beli online di sini
3 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
1 sudu kecil garam halus – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Rendam yis dengan 1/4 cawan air suam Dan biarkan yis berbuih, kalau tak berbuih tu tandanya yis rosak, pastikan yis aktif ye baru buat roti.
2. Satukan semua bahan. Mula-mula masukkan air, yis, telur dan bahan-bahan kering yang lain. Boleh gunakan bread maker atau nak uli dgn tangan pun boleh. Pastikan uli sampai lembut dan gebu.
3. Selepas itu rehatkan doh. Bila doh sudah mengembang 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk keluarkan angin. .
4. Sapu loyang dengan marjerin kemudian bentuk-bentukkan bulat. Jangan susun rapat-rapat ye. Nanti roti akan mengembang, bila siap susun dalam loyang. Biarkan roti kembang dulu baru bakar. Sebelum bakar, spray air kat atas roti, tujuan nak bagi permukaan roti elok dan tidak kecut bila masak.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bila sudah panas, bolehlah bakar roti dengan suhu 180°C selama 25 minit api atas dan bawah. Suhu dan masa bergantung pada ketuhar masing-masing.
6. Bila dah masak cepat-cepat sapu marjerin pada bahagian atas roti supaya nampak roti berkilat.
BAHAN PENGAT ROTI
Roti (boleh gunakan roti paung juga)
Santan
1 keping gula melaka – beli online di sini
Secubit garam
Daun pandan
Sebiji telur
CARA-CARA:
1. Masak santan dengan gula melaka dan letak daun pandan. Sentiasa kacau, jangan tinggalkan. Selepas itu, masukkan secubit garam.
2. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan kacau rata. Masukkan dalam kuah pengat tadi dan kacau lagi. Masukkan roti dan biarkan sekejap kemudian barulah tutup api.
Kredit resipi & foto: Nor Khomariah Norrohman
ROTI EMPAT SEGI
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich | potong bahagian tepi
Kepingan keju
Chicken floss
1 sudu makan susu manis – beli online di sini
1 biji telur (ambil yang kuning sahaja)
1 sudu makan mayonis – beli online di sini
Bijan untuk hiasan
CARA-CARA:
1. Campurkan mayonis bersama susu manis. Kacau dan ketepikan.
2. Kemudian, di dalam bekas lain, campurkan kuning telur bersama dengan susu manis. Kacau.
3. Ambil roti, kemudian sapukan campuran mayonis tadi. Susun kepingan cheese. Tutup kepingan cheese dengan roti. Kemudian, susun lagi kepingan cheese. Susunannya akan menjadi roti-cheese-roti-cheese (apitan).
4. Potong roti tersebut kepada 4 bahagian (akan menjadi 4 segi sama yang comel dan kecil). Kemudian, sapukan adunan kuning telur dan susu manis tadi di atas cheese.
5. Susun atas dulang pembakar. Nak pakai air fryer pun boleh. Letakkan bijan sebagai hiasan supaya lebih menarik. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C.
6. Selesai dibakar, sapu lagi adunan mayonis di bahagian tepi roti. Celupkan dengan chicken floss. Rupa akhir roti ini akan menjadi seperti di dalam gambar.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Alahai, Mudahnya Nak Buat Tart Telur! Guna Air Fryer Pun Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Resipi Masak Daging Cara Ekspres
Siapa kata masak daging susah dan lama? Bukan semua ye..banyak menu yang senang dan boleh siap dalam 10-15 minit. Anda hanya perlu goreng atau tumis ala-ala je kemudian angkat, memang sedap berbaloi. Sesuai sangat dengan anda yang sibuk dan tak ada masa lama di dapur. Kalau tak sempat nak fikir menu, ini ada lima resipi mudah yang Rasa kongikan.
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | hiris nipis
- 2 sudu makan rempah kurma
- 2 sudu makan yogut
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 biji ubi kentang | potong memanjang
- 2 pokok daun ketumbar | hiris
- 3 biji cili hijau | hiris 2cm
- 4-5 biji tomato ceri
- 1 biji bawang besar | belah lapan
- 3 ulas bawang berah | hiris
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris
- 2 batang serai | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
- Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
- Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
- Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
- Sedia dihidangkan.
DAGING YOUGRT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris nipis
- 1 cawan yogurt
- 1 sudu makan mayones
- 1 cawan susu rendah lemak
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 pokok ketumbar | hiris
- 4-5 biji tomato ceri
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
- 2cm lengkuas
BAHAN KISAR:
- 2 biji tomato
- 2 tangkai daun pudina
- 4 pokok daun ketumbar bersama akarnya sekali
- 6 biji cili hijau
- 6 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga kuah kering.
- Seterusnya masukkan yogurt, mayones dan susu rendah lemak, biarkan kari mereneh hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan garam, gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus renehkan kari sehingga timbul minyak.
- Sebelum angkat, masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato ceri.
- Seketika kemudian tutup api
- Kari sedia dihidangkan.
DAGING GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- 1cm halia| hiris nipis
- 5 biji cili padi| hiris kasar
- 1 biji lada merah | hiris
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 biji kentang| potong dan goreng
- 1 biji bawang besar | hiris
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
- Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
- Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
- Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging | rebus dan hiris nipis
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1 sudu makan cili giling
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 biji bawang besar
- 1 biji lada benggala
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih sampai terbit bau dan masukkan cili goreng.
- Masukkan semua sos dan tambah sedikit air. Kacau sebati.
- Masukkan daging dan kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada benggala yang telah dihiris.
- Gaul seketika dan angkat.
- Sedia dihidangkan.
DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh sos lada hitam
- 1sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh sos tomato
- 1 sudu teh sos cili
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 biji lada benggala
- 1biji bawang besar
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit cuka
- Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1cm halia
CARA MEMASAK:
- Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
- Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
- Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
- Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Rahsia Mi Jawa Comfirm Sedap, Ini Cara Mudah Membuatnya.
Mi Jawa antara menu mi yang digemari ramai. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi Mi Jawa Cara Che’ Nom. Bahan dan cara penyediaannya hampir sama dengan mi rebus, Cuma Mi Jawa lebih ringkas. Menariknya Che’ Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan pemekat kuah, rasa manis dari isi keledek digabungkan dengan air rebusan daging memang menjadi rahsia kesedapan Mi Jawa ini sedap. Jadi anda wajib mencubanya.
MI JAWA
BAHAN-BAHAN:
2 paket mi kuning
Air rebusan daging secukupnya
3 biji keledek | rebus dan kisar halus
1 seduk cili kisar
3 sudu makan serbuk kari
1 kiub ayam atau daging
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai | hiris
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu makan udang kering
BAHAN TABUR (CONDIMENT):
Daging rebus | dihiris nipis secukupnya
Tauhu goreng | dihiris nipis
Telur rebus secukupnya | kupas dan belah dua
Tauge secukupnya | celur
Hirisan daun bawang & sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau nipis | hiris
CARA MEMBUAT:
- Celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak supaya mi tidak melekat bila sejuk nanti.
- Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti dan daging dihiris nipis.
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
- Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
- Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Kredit: Che’ Nom