Resipi Rendang Ayam Pedas Perak ini memang lain dari yang lain. Mana tidaknya, ramuan-ramuan untuk membuat rendang ini, semuanya diracik. Tidak perlu kisar dan tak perlu tumis pun. Memang lain rasanya berbanding rendang yang bahan-bahannya dikisar dengan mesin pengisar. Ini resipi Rendang Ayam Pedas Perak seperti yang dikongsikan oleh Faidhatul Arfah Ahmad.

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
15 biji bawang merah (diracik halus)
13 biji bawang kecil (diracik halus)
5 biji bawang putih (diracik halus)
12g kunyit hidup (dikisar)
80g halia tua (diracik halus)
33g lengkuas (dikisar)
4 helai daun limau purut (racik halus)
8 batang serai (diracik halus)
Gula melaka secukup rasa
4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yang diinginkan)
2 helai daun kunyit (diracik halus)
1 kg santan
90g kerisik
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih ke dalam kuali.

2. Masukkan semua sekali bahan yang di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai yang diracik halus-halus.

IKLAN

3. Masukkan juga bahan yang dikisar iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup. Masukkan santan. Masak dengan  api yang sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup. Sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan supaya masak sekata.

Uniknya Resipi Rendang Ayam Pedas Perak, Semua Ramuan Diracik, Tak Perlu Kisar & Tumis

3. Apabila kuah sudah mula nampak macam hendak kering, perlahankan api. Guna api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang diracik halus dan kerisik. Tunggu lagi dalam 30 minit  hingga 40 minit. Selalunya proses hendak buat rendang ini makan masa 2 jam hingga 3 jam bergantung kepada kuantiti yang kita masak. Kalau hendak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.

4. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan bolehlah ditutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3 hingga 4 hari, bergantung cara memasak. Kalau hendak panaskan semula, hanya tambah sedikit air. Jangan guna minyak masak. Selamat mencuba.

IKLAN

Sumber kredit: Faidhatul Arfah Ahmad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Soft Cookies Coklat Peanut Butter Ni Memang Ketagih Nak Makan

IKLAN

Resipi Kek Marjerin Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Gebu Memang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=gDkdivqk6yw

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI