Olah daging burger dengan memberi rasa yang lebih enak. Hanya tambah beberapa bahan seperti sos sambal, sos cili, dan kicap lemak manis untuk menjadi hidangan yang baru.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping daging burger | potong empat
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan kicap lemak masin
- 5gm serbuk sos perang
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 50ml air
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 biji bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
- Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
- Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
- Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Goreng dan tumis
Anggaran kos: RM8.00
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih Jimat, Begini Cara Buat Golden Ball Homemade Ala Sushi King
Suka makan Golden Ball bila berkunjung ke restoran Sushi? Kini anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah hanya menggunakan resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Bahan-bahan yang cukup mudah. Rasa tak sabar nak cuba kan? Jomlah buat. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING
BAHAN-BAHAN:
- Crabstick secukupnya
- Mayones – beli online disini
- Sedikit susu segar
- 5 biji telur rebus
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar tepung beras – beli online disini
- 3 sudu besar tepung bistari – beli online disini
- Sedikit air
- Serbuk roti – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong kecil crabstick. Kemudian masukkan air panas, celur sekejap dan toskan.
2. Masukkan mayones dan sedikit susu segar. Gaul rata. Siap. Ketepikan.
3. Kupas telur rebus dan ketepikan.
4. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung bistari.
5. Campur dengan air biar pekat sikit.
6. Salut telur rebus tadi dalam bancuhan tepung. Angkat.
7. Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbuk roti.
8. Panaskan minyak. Pastikan telur tenggelam dalam minyak bila digoreng nanti. (empunya resipi goreng dalam periuk kecil supaya minyak tinggi)
9. Bila sudah kuning keemasan, angkat telur dan belah dua.
10. Sudukan inti crab mayo tadi dengan secukupnya.
11. Golden Ball ala Sushi King sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Joanna Johan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak Perlu Beli Dah, Buat Sahaja Pretzel Sendiri Di Rumah. Memang Sedap!
Jika anda merupakan seorang peminat pretzel, cubalah buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian oleh Echot Aisyah Meor Zahid ini. Tak perlu beratur panjang lagi di Auntie Anne’s. Barulah puas makan bila buat sendiri kan? Banyak adunan anda boleh dapat. Terbaik!
RESIPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE’S
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu besar yis
- 6 sudu besar gula perang
- 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 1/4 cawan garam kasar
- 8 sudu besar mentega (dicairkan)
CARA PENYEDIAAN:
1. Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus. Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
4. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
5. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
6. Preheat oven ke 230ºC.
7. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
8. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
9. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
10. Renjis dengan garam kasar.
11. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
12. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
13. Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.
Kredit Resipi & Foto: Echot Aisyah Meor Zahid
Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:
Zalina Kongsi 5 Bakeri Popular Super Sedap , Amat Laris Di Kafenya Zalynz Oven
Sekiranya anda ke Seksyen 3, Shah Alam pasti mata tertumpu melihat kafe berwarna merah jambu. Aroma semerbak bau bakeri dan pasteri yang dibakar segar di dapur kafe menjadi tarikan pelanggan ke sini.
Pemiliknya yang juga blogger dan pengajar kelas online bakeri dan pastri Zalina Zainal sudi berkongsi lima menu bakeri dan pasteri yang menjadi tarikan dan cukup laris di sini.
Jom kita semak resipi dari Zalynz Oven ini…
1. BOMBOLINI BISCOFF CREAMCHEESE
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500gm tepung protein tinggi (tepung roti)
- 100gm gula kastor
- 100gm margerin atau mentega
- 2 biji telur gred B (100gm)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh @ 5gm garam halus
- 2 sudu teh @ 10gm susu tepungg
- 1 sudu teh bread improver
- 1 paket yis kering (11gm)
Bahan krim keju biscoff :
- 250gm krim keju
- 120gm gula ising | yang telah diayak
- 50gm Lotus Biscoff Spread
- 200gm non dairy whipping cream
- Snow powder secukupnya (sejenis serbuk gula untuk menyalut bombolini)
CARA MEMASAK :
Cara Penyediaan Doh :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh 40gram. Susun doh atas dulang pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
8. Tunggu doh cukup kembang. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga perang kedua-dua bahagian atas dan bawah Bombolini.
9. Toskan atas tisu dapur, Bila dah sejuk boleh salut bombolini dengan snow powder.
10. Paipkan dengan krim keju Biscoff Cream.
11. Hias dengan biskut Lotus Biscoff. Sedia untuk dihidang.
Cara penyediaan krim keju biscoff :
1. Pukul krim keju dan gula icing.
2. Masukkan biscoff spread dan pukul rata.
3. Dalam bekas berasingan pukul non dairy whipping cream hingga kental.
4. Campurkan keduanya dan kaup balik hingga kental
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM15
INFO CHEF : Pastikan bombolini usah kerap dibalikkan dalam kuali. Cukup 2 atau 3 kali sahaja.
2. ROTI CREAMCHEESE OREO
.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi (tepung roti)
- 100gm gula kastor
- 100gm margerin atau mentega
- 2 biji telur gred B (100gm)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh @ 5gm garam halus
- 2 sudu teh @ 10gm susu tepungg
- 1 sudu teh bread improver
- 1 paket yis kering (11gm)
Bahan krim keju :
- 250gm krim keju
- 120gm gula ising | yang telah diayak
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh gula dalam air suam dan kacau, selepas itu baru letakkan yis.Kacau dan biarkan hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi,gaul rata dan kemudian kita keluarkan dan uli kat atas alas silikon untuk menyenangkan kerja menguli.Kalau dirumah ada meja aluminium atau meja marmar pun boleh.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan rehat selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 50gram setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh 15 minit.
8. Gelek doh dan boleh masukkan doh dalam acuan roti saiz 15sm. Biar doh naik kembang ¾ cup. Tekan bahagian tengah doh dengan jari.
9. Sapu susu cair atas doh dan paipkan inti krim keju.
9. Tabur sekeliling atas doh dengan serbuk oreo, tunggu doh kembang paras acuan.
10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
11. Selepas bakar boleh dihias bahagian tengah roti dengan serbuk biskut Oreo.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM12
INFO CHEF : Satu adunan ini boleh dapat 20 biji roti.
3. KEK COKLAT LEMBAB
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek coklat :
- 300gm tepung gandum
- 400gm gula kastor
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 100gm serbuk koko
- 4 biji telur gred B
- 250ml susu cair
- 250ml minyak jagung
- 250ml air panas
Bahan krim coklat ( sapuan dalam lapisan kek):
- 200gm coklat coin (zalina guna beryl’s)
- 200gm whipping cream UHT ( dairy, zalina guna Anchor)
- 300gm whipping cream ( non dairy,zalina guna Value Pride)
Bahan coklat ganache (topping) :
- 300gm coklat coin
- 250gm whipping cream UHT ( dairy,Zalina guna Anchor atau Emborg)
- 200gm whipping cream (non dairy)
CARA MEMASAK :
Cara memasak kek coklat :
1. Ayakkan tepung, serbuk koko,baking powder dan bikabonat.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang pada kelajuan tinggi.
3. Perlahankan kelajuan. Masukkan minyak jagung.
4. Masukkan susu cair .
5. Berhentikan mixer. Kemudian masukkan tepung. Sambung pukul pada kelajuan perlahan.
6. Berhentikan mixer lagi sekali. Masukkan air panas. Kacau dulu guna spatula.
7. Kemudian baru pukul dengan mixer pada kelajuan perlahan.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
9. Kalau guna loyang, sapukan marjerin dan alaskan loyang dengan baking paper.
10. Kalau tuang pada acuan aluminium, hanya tuang separuh bekas.
11. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 – 35 minit (ikut adunan dan saiz loyang ) atau hingga masak.
12. Berat adunan lebih kurang 1680 gram.
Langkah menyediakan kek coklat dengan krim coklat:
1. Sediakan kek dan sediakan krim coklat
2. Lepa krim pada lapisan kek
3. Simpan dalam peti chiller lebih kurang satu jam
4. Sediakan coklat ganache, sejukkan sekejap
5. Curah coklat ganache atas kek.
Cara penyediaan krim coklat:
1. Masukkan coklat coin dan whipping cream UHT ke dalam bekas aluminium.
2. Panaskan secara double boiler sehingga coklat cair sepenuhnya, dikacau selalu.
3. Sejukkan sebentar.
4. Pukul whipping cream (non dairy) hingga kental.
5. Coklat ganache dan whipping cream digaul rata menggunakan spatula.
Cara penyediaan coklat ganache :
1. Masukkan coklat coin dan whipping cream (dairy) dalam bekas aluminium
2. Masukkan whipping cream yang sudah dipukul kental. Masukkan ke dalam bekas aluminium tadi
3. Panaskan secara double boiler hingga coklat cair sepenuhnya.
4. Sentiasa dikacau selalu, sejukkan sebentar sebelum dituang pada kek.
Masa penyediaan : 5 jam
Kos : RM30
INFO CHEF : Kek yang telah dilepa hendaklah disimpan dalam peti sejuk sehingga krim betul-betul keras sebelum dituang coklat ganache atas kek.
4. NUTELLA CHESSE TART
(Hidangan 75 biji)
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tartlet :
- 500gm tepung gandum
- 250gm mentega
- 125gm gula icing
- 50gm telur
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan inti krim keju :
- 250gm cream cheese
- 50gm gula icing (diayak)
- 20gram daripada telur yang telah dikocok (atau boleh tambah sedikit sedikit mengikut kesesuaian)
- ½ sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
Cara penyediaan doh :
1. Masukkan tepung ke dalam bekas.
2. Ayakkan gula icing.
3. Masukkan mentega yang telah dipotong kecil.
4. Ramas semua bahan hingga menjadi serbuk roti.
5. Masukkan telur dan esen vanilla.
6. Uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat di tangan.
7. Bungkuskan doh dan simpan dalam peti sejuk minimum 2 jam atau seeloknya sehari semalam.
8. Bentukkan doh ke dalam acuan. Cucuk doh dengan garfu.
9. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah celcius atau hingga nampak keperangan.
Cara penyediaan krim keju(filling) :
1. Putar krim keju hingga tidak berketul dan licin.
2. Masukkan gula icing yang telah diayak. Pukul lagi hingga licin.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Kaup balik adunan. Angkat sptatula dan buat pengiraan 1 hingga 10. Kalau adunan masih agak pekat, kita masukkan sedikit sedikit baki telur tadi. Adunan krim keju harus tidak terlalu cair.
4. Masukkan Nutella ke dalam kulit tart.
5. Paipkan krim keju ke atasnya. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
6. Bila tart keju dah sejuk boleh paipkan Nutella atas tart keju dan boleh dihias dengan cip coklat.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM15
INFO CHEF : Kulit tart boleh dibuat awal dan disimpan di dalam balang kedap udara.
5. ECLAIRS
(ANGGARAN 25 BIJI)
BAHAN-BAHAN
Bahan doh :
- 275ml air
- 100gm mentega
- 1/2 sudu teh gula
- 1/4 sudu teh garam halus
- 150gm tepung gandum
- 225gm telur gred B (ditimbang)
Bahan inti (filling) :
- 40gm kastad segera
- 100ml air sejuk
- 300gm Whipping Cream ( Zalina guna Value Pride)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air, mentega, gula dan garam dalam periuk hingga mendidih.
2. Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga doh tak melekat kat periuk lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan terus doh ke dalam mixer. Pasang mixer pada kelajuan sederhana. Biarkan sehingga adunan sejuk sedikit.
4. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga adunan nampak licin.
5. Hidupkan oven dan panaskan selama 15 minit. Set suhu 200 darjah celcius.
6. Alas dulang dengan parchment paper(warna putih,kalau baking paper warna hitam creampuff akan melekat lepas bakar)
Boleh juga sapu margerin pada dulang kalau tak nak guna baking paper.
7. Masukkan nozzle dalam plastic kon.
8. Masukkan adunan dan paipkan.
9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 – 20 minit kemudian turunkan suhu pada 180 darjah celcius dan bakar lagi selama 5 minit atau hingga nampak garing.
10. Jangan buka oven selagi belum cukup 25 minit. Kalau masak tak rata, selepas turunkan suhu 5 minit, boleh buka oven dan pusingkan tray dan sambung bakar lagi 3 atau 4 minit atau sehingga cukup perang.
Cara memasak filling :
1. Pukul whipping cream hingga kental menggunakan mixer.
2. Bancuh instand custard dan air sejuk.
3. Bila whipping cream dah kental, masukkan bancuhan instant custad dan digaul/kaup balik menggunakan spatula.
4. Potong eclairs kepada 2 bahagian
5. Gunakan nozel bintang dan paipkan krim ke atas bahagian bawah Eclairs.
6. Bahagian atas eclairs dicelup dengan coklat bar atau coklat coin yang telah dicairkan secara kaedah double boiler.
7. Boleh hias bahagian atas eclairs dengan bebola manik.
Masa penyediaan : 3 jam
Kos : RM10
INFO CHEF : Boleh simpan eclairs di dalam petisejuk supaya coklat yang dicelup cepat mengeras.
Terima kasih : Zalynz Oven
No. 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
IG @ zalynz_oven
Nak beli bahan ramuan bakeri dan pastri jom beli online DI SINI
Mencari oven terbaru, jom semak online DI SINI
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK DI YOU TUBE @ Majalah Rasa Official
SEMAK JUGA RESIPI-RESIPI MENARIK INI :
Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB