Sebut je pasal mayones, mesti terbayang cara pembuatannya mesti rumit dan guna bahan yang pelik-pelik. Lihat resipi perkongsian dari saudari Miya Aira ini. Mudah je rupanya nak buat mayones. Jom cuba!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak zaitun atau minyak masak
  • 1 sudu teh lada putih | tumbuk halus
  •  2-3 sudu makan cuka | boleh ganti dengan air perahan lemon
  • Sedikit garam

 

 

CARA-CARA:

1. Masukkan telur, lada putih dan 2 atau 3 sudu besar cuka serta sedikit garam ke dalam pengisar. Kisar seketika.

2. Kemudian  masukkan 2 sudu besar minyak.  Kisar sekejap dan berhenti seketika.  

3. Kemudian kisar lagi seketika dan masukkan lebihan minyak sedikit demi sedikit serta ulang proses sama sehingga minyak habis.   

4. Kisar bahan-bahan tadi sehingga mayones menjadi pekat dan berkrim. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan selama 1-2 minggu.

 

NOTA :

1. Jangan masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Sebaliknya masukkan sedikit demi sedikit bagi memastikan anda mendapat tekstur mayones yang sempurna.

2. Selain guna blender, boleh juga menggunakan mixer. Lagi bagus jika guna food processor.

 

Kredit Resipi & Gambar Sepenuhnya: Miya Aira‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)