SOTONG PANGGANG:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor sotong saiz besar.
  • 2 tangkai serai | kisar halus
  • 1sm halia muda | kisar halus
  • 1 ulas bawang putih | kisar halus
  • 3 ulas bawang merah | kisar halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 sudu teh  serbuk kunyit
  • Sdikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa

Bahan Sampingan:

  • Tomato Ceri
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan mayones

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sotong dan belah  menjadi satu keping besar. Kemudian kelarkannya secara melintang dan membujur.
  2. Kemudian gaulkan dengan bahan kisar, garam dan air asam jawa.
  3. Panaskan pemanggang dan panggang ke dua-dua belah lebih kurang 6-8 minit.
  4. Angkat dan hidangkan bersama mayones dan tomato .
  5. Enak dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF:

Jangan panggang terlalu lama, ia boleh menyebabkan  sotong menjadi keras.

  • Saiz hidangan: 1 orang.
  • Waktu memasak: 20 minit.
  • Cara memasak :Panggang.
  • Keistimewaan:  Enak dan terasa kesegaran rasa sotong
  • Anggaran perbelanjaan: RM20.

 

TENDERLOIN PANGGANG BERCENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

Bahan Daging:

  • 250gm daging tenderloin
  • 1 sudu teh serbuk rosemary
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Baha Sos:

  • 1/2 biji bawang besar  | potong dadu halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun rosemary segar
  • 2 sudu makan jus daging
  • 1/2 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu teh serbuk Demi Glaze
  • 1 sudu makan mentega
  • Garam secukup rasa

 Bahan Cendawan:

  • 6 biji cendawan shitake | belah dua
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2  biji bawang besar | dadu halus
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Sedikit  serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan daging:
  2. Gaulkan daging dengan semua bahan perapan sehingga meliputi semua bahagian daging. Perap lebih kurang 1 jam.
  3. Atas kuali pemanggang, panggang daging sehingga keseluruhan permukaan berwarna keperangan.
  4. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C.
  5. Keluarkan daging dari ketuhar dan simpan jus daging yang keluar untuk membuat sos.
  6. Cara menyediakan sos: Cairkan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah atas api perlahan sehingga keperangan.
  7. Masukkan jus daging  dan demi glaze serta air rebusan daging dan garam secukup rasa, biarkan kuah mereneh hingga agak pekat. Ketepikan.
  8. Sementara itu, sediakan bahan cendawan. Panaskan kuali tumiskan bawang putih dan merah hingga keperangan,.
  9. Masukkan hirisan cendawan, kacau rata.
  10. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam, sos tiram dan serbuk lada hitam.
  11. Gaul rata dan tutup api.
  12.  Untuk menghidangkannya, hiris daging dan susun dalam pinggang, kemudian tuangkan sos di atasnya. Hidangkan cendawan bersama cendawan tadi.

INFO CHEF;

Anda boleh mengggunakan masak yang sama untuk ayam.

.....

Saiz hidangan: 1 orang.

Waktu memasak: 30  minit.

Cara memasak :Panggang dan tumis.

Keistimewaan:  Enak dan terasa kesegaran rasa sotong

Anggaran perbelanjaan: RM30.