Miang Kham, hidangan appertizer Thailand yang memang sedap dan mudah disediakan. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Bagi yang terasa nak makan atau mengidam untuk menikmati sajian dari Negara gajah putih ni, boleh cuba resipi dari Chef Sue M Arukin ini.

 

BAHAN-BAHAN SALAD:

  • Daun Kaduk @ Wild Pepper Leaves secukupnya (bukan daun sireh ya!)
  • Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
  • Bawang besar merah - cincang dadu kecil
  • Halia - cincang dadu kecil
  • Cilipadi - hiris
  • Udang kering - sangai garing
  • Kelapa parut - sangai hingga perang
  • Kacang tanah - panggang

 

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan - panggang
  • 2 batang serai
  • 1 ketul gula kabung @ nise
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
  • 1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar

 

CARA-CARA MEMBUAT SOS:

1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.

2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.

3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.

6. Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus dinikmati. Enjoy!

As always, feel free to share!

 

Info chef:  

*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.

*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.

*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.

*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

 

 

 

Kredit Resipi & Gambar Sepenuhnya: FB Chef Sue M Arukin