Badan lesu dan tidak bertenaga membuatkan kita kurang semangat untuk bergerak aktif. Tubuh kita juga memerlukan rehat yang cukup dan disertakan dengan suplemen yang terbaik.

Selain pengambilan suplemen yang ada di pasaran, anda boleh buat sendiri. Caranya mudah dan memberi khasiat bukan saja untuk mencergaskan tubuh yang letih tetapi untuk overhaul 'apa' yang perlu.

Resipi air jamu ini sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki. tetapi jika dibuat untuk lelaki, tak perlu masukkan kacip fatimah ya. Lain pula jadinya nanti...

 

AIR JAMU 'KUATKAN BADAN'

BAHAN-BAHAN:

  • 2sm ibu kunyit
  • 2-3 helai daun sirih
  • 2-3 helai daun kacip fatimah
  • 1 biji buah manjakani
  • 2 biji gula batu
  • 3 cawan air (yang dicampurkan dengan sedikit asam jawa)
  • 2 sudu besar madu
  • Sedikit garam dan lada putih

 

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar halus daun sirih, ibu kunyit dengan sedikit air.
  2. Kemudian masak bahan kisar tadi  dengan air asam jawa, buah manjakani dan gula batu.   
  3. Sejukkan dan tapis sebelum diminum.

 

*Rasa air ini sedikit pedas dan lebih elok jika dicampurkan dengan sebiji telur ayam kampung.

*Jika badan mula terasa panas selepas 2-3 hari diminum, berhentilah sehingga terasa normal kembali.

*Sebaiknya minumlah selepas bersarapan. Selepas seminggu, wanita yang mengalaminya boleh merasakan perubahan dan 'cengkaman' lebih kuat.