Jika di dapur anda ada lebihan nasi, jangan bazirkan atau buang kerana ia boleh di ‘transform’ emnjadi keropok yang sedap. Mudah dihasilkan dan sangat rugi kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi sejuk | direndam dalam air selama 1 jam
  • 1 mangkuk tepung ubi  @ secukupnya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 batang daun bawang | hiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam/ kiub ayam secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan nasi, bawang putih dan ketumbar. Kisar @ tumbuk sampai halus.

2. Masukkan garam, daun bawang dan kiub ayam. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan sampai liat.

4. Ambil adunan dan gentel menjadi bentuk lonjong (seperti keropok lekor).

5. Didihkan air dan masukkan doh keropok tadi. Rebus sehingga terapung.  

6. Angkat dan toskan airnya. Ambil doh dan hiris nipis.

7. Susun kepingan keropok di atas tampi @ dulang dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering.

8. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak seperti emnggoreng keropok biasa. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & gambar: Arieza Rieza Via MAHN