Jangan terseksa dengan bebanan ini. Anda sebenarnya tidak perlu 100% mengelakkan dessert semasa berdiet, kerana ada beberapa jenis dessert atau makanan manis yang masih  boleh anda makan tanpa rasa bimbang diet anda akan gagal. Menurut pakar nutrisi ada dessert yang bukan hanya boleh melepaskan kempunan  anda  untuk makan dessert, sebaliknya dessert tersebut membantu proses diet anda.

Dessert terbaik untuk anda yang sedang berdiet adalah jus buah dan aiskrim batang yang dibuat daripada jus buah-buahan. Buah bukan hanya mengandungi gula semulajadi tapi turut mengandungi serat yang sangat diperlukan tubuh ketika berdiet.

Caranya mudah sahaja, kisar halus buah kemudian bekukannya jadi aiskrim. Cara lain yang mudah  ialah makan salad buah-buahan yang dicampur dengan satu sudu makan madu, sedikit yogurt dan mayones untuk satu hidangan salad buah-buahan. Untuk buah-buahan, anda boleh pilih buah-buahan manis seperti mangga, pisang, betik, tembikai atau pir.

Walaupun ia tidak sama seperti cheese cake atau chocolate cake, namun dessert buah-buahan   paling sihat untuk anda yang menjalani proses diet.

Makanya, siapa kata, anda yang sedang berdiet langsung tidak boleh makan makanan manis dan sedap? Cuma perlu bijak memilih makanan.