Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap!
Rujukan sukatan dalam cawan

 

RESIPI APAM PUTERI AYU

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap! 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 2 cawan tepung gqndum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

CARA MEMASAK:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
  3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  4. Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
  5. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
  6. Tuang adunan tepung paras acuan.
  7. kukus 10-15 minit api besar

Kredit resipi: Nurul Amira

 

RESIPI KUIH KASWI GULA MERAH

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung sagu ( tepung ubi)
  • 3 cawan gula merah larutkan dalam air panas dan tapis
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan air masak
  • Garam secukup rasa lemak
  • 1/4 sudu kapur makan

Resepi ini boleh menghasilkan 40-50 kuih kaswi dengan menggunakan acuan kuih macam kat bawah.

 

IKLAN

Cara Menyediakan Kuih Kaswi Yang kenyal dan Sedap:

  1. Masukkan semua bahan di atas dalam bekas adunan.
  2. Kacau sampai sebati dan cair macam nak buat lempeng
  3. Sapu minyak pada acuan/ loyang yang kita nak gunakan untuk mengukus kuih kaswi
  4. Tuang bancuhan kuih kaswi dalam acuan
  5. kukus selama 20-25 minit jika menggunakan acuan kecil sprt dalam gambar dan kukus sehingga 40-45 minit jika menggunakan loyang.
  6. Untuk rasa yang lebih mantap dan sedap, boleh tabur kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.

Tip:

  • Mak mertua saya kongsikan supaya kuih kaswi menjadi lebih kenyal ialah penggunaan kapur makan yang sesuai.
  • Adunan juga tidak boleh terlalu pekat sehingga menyebabkan kuih kaswi jadi liat dan tak sedap.
  • Boleh juga dimasukkan satu atau dua helai daun pandan dalam bancuhan supaya kuih kaswi lebih wangi
  • Kelapa parut juga boleh dikukus terlebih dahulu supaya tahan lebih lama.

Kredit Resepi: Mak Mertua Blogger Cik Matahariku

 

RESIPI KUIH SERI MUKA

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap!

BAHAN LAPISAN ATAS:

IKLAN
  • 1 Cawan Beras Pulut
  • 1 Cawan Santan
  • Sedikit Garam

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 1 Cawan Santan
  • 5 Helai Daun Pandan
  • Setengah Cawan Gula
  • 1 Biji Telur
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • Sedikit Garam

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
  2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
  3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
  4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
  5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
  6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
  7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
  8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.

Kredit Resipi: Koleksi resepi emak

 

RESIPI APAM PISANG

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3/ 4 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking soda
  • 1 sdt baking powder
  • 5 biji pisang berangan@ 10-11bj pisang emas

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali hirisan pisang ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan peram adunan selama 30minit.
  2. Panaskan air kukusan hingga air mendidih dengan api sederhana. Sapu minyak pada acuan, masukkan adunan 3/4 acuan. Letak hirisan pisang,
  3. Kukus selama 15- 18minit

Kredit Resipi: Koleksi resepi emak

 

RESIPI KUIH LAPIS

Trending! 5 Jenis Kuih Guna Sukatan Cawan Lebih Yakin, Senang Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar….nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas
  9. permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  10. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Kredit Resipi: yatiememories.blogspot

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI