Ada yang panggil buntot ayam, tongkeng ayam dan punggung ayam tapi tidak semua orang yang makan bahagian ini. Tapi siapa yang gemarinya kerana rasa lebih berlemak dan juicy.
TONGKENG AYAM GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- *Tongkeng ayam (dibersihkan atas bawah)
- *Lada hitam
- *Asam keping (rachik halus Dan rendam dalam air)
- *Gula
- *Light soya sauce (atau garam)
BAHAN TUMBUK:
- *Cili padi kampung
- *Cili Burung (extra kick)
- *Bawang putih
- *Bawang kecil India
CARA MEMASAK:
- Tongkeng digaul bersama garam, kunyit dan sedikit lada hitam. Goreng hinngga garing.
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan air asam keping dan juga asam keping yang diracik.
- Perasakan dengan gula, lada hitam dan light soya sauce secukup rasa.
- Bila sudah pecah minyak baru masukkan tongkeng.
KREDIT RESIPI DAN GAMBAR: Arbi Mohd Arbi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tumis Udang Petai Dan Kuih Keria ,Menu Kombo Untuk Berbuka
Salam Ramadan. Dalam kita mengharungi minggu PKP ini memasak juga haruslah berpada-pada. Buat menu kesukaan keluarga yang sudah tentu akan dinikmati hingga habis. Maka tiadalah pembaziran. Hari pertama berbuka dah tentu nak yang kecur liur atau menu yang sudah lama tak nikmati. Untuk kuih muih kita cuba buat kuih keria. Jom geledah dapur tengok apa yang ada.
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Bahan bahan:
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja.
2.Angkat udang dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
4.Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
5.Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik.
6.Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang.
7.Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
8.Setelah sebati, masukkan garam serta serbuk perasa.
9.Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar.
10.Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
11.Kacau rata.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
600gm keledek putih atau merah
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Bahan untuk sira:
1/2 cawan gula
1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
7.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
8.Goreng sehingga kekuningan.
Cara memasak sira gula:
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk. 2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Tip:
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Kredit:Rozelkitchen
2 Resipi Ayam Panggang Paling Mudah Yang Boleh Masak Guna Oven Di Rumah.
Di waktu hujung minggu, mesti ramai yang duk tercari-cari resipi yang istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah menu ayam panggang. Ha…anak-anak memang suka ni. Sedap! Buat seekor, satu keluarga boleh makan dengan puas. Nak masak pun tak susah. Jom cuba!
1. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
2. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
- 1 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia muda | kisar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan madu
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
- Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
- Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
- Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF: Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Ini 2 Menu Western Sesuai Untuk Anda Yang Diet
Nak makan steak, tapi sedang berdiet ! Jangan risau ini ada dua steak yang boleh anda makan sepuasnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Tak kiralah ayam, kambing atau lembu. Semuanya boleh makan.Nak lagi sedap tambah sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Pantangnya jangan ambil steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.
Ini resipi yang boleh anda cuba, senang je…
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
- 180gm Striploin beef
- 1 sudu makan herba campur
- ½ sudu makan paprika
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS SAVOURY
- 3 sudu makan sos BBQ
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
- Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
- Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
- Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
- Setelah steak masak, tuangkan sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
BBQ DRAMSTIK
BAHAN-BAHAN:
- 3 paha ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos BBQ
- 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
- Bersihkan paha ayam dan toskan.
- Gaul semua bahan bersama paha ayam.
- Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
- Bakar sehingga masak atau kekuningan.
- Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili bangala pangang dan sos cili.