Panduan masak kenduri utk 100pax dan ada lebihan. Lengkap untuk tetamu dari sekitar 50 pax hingga 100 pax samaada makan buffet atau siap packing. Memang terbaik perkongsian Puan Sarah Zakaria ni. Sangat membantu kamu yang ingin masak sendiri untuk majlis kenduri kendara. Selamat mencuba!
Nasi 100 pax Buffet:
Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
Lebihan ada mayb dlm 20pax lg..
Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..Kt tepi plastik beras ade tulis.
Beras perlulah dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn..
Cara nak masak nasik berperisa ni perlu ukur beras dan air.
Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair…
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air…
Ukur susu dlm mug tinggi juga…
Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..
8kg beras (100pax)
Susu cair 6 tin
Jagung (nasi jagung) 6 tin
Tomato puri (nasi tomato) 6 tin
Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..
IKLAN
Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi…
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..
Utk makanan siap pek (dlm polisterin atau food container) 5kg beras utk 50pax.. 9kg beras utk 100pax..
Ok setel bab nasi…
Ayam dan daging utk mkn 100pax Buffet:
Ayam beli yang berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dah ngam untuk kenduri.
Kalau berat kurang dari itu tak sesuai potong 14.
Elok potong 12.
Untuk lebih jimat kita kene timbang ayam yang rangenya macam kak sarah sebut diatas…
Kalau terlalu kecil, tetamu akn ambil 2pcs.. Kalau terlalu besar akan menyebabkn pembaziran.. Sebab budak2 terpksa ambil ayam potongan besar pastu tak habis … Potong 14 adalah amat sesuai sekali.. Dengan berat ayam sekitar 1.7kg-1.8kg.. Kalau lebih dr 1.8kg-2kg bole potong 16..
Daging yg masak berkuah contoh kari:
100pax = 7kg daging
Sb kari ni muai..
Nanti nak ltk ubi kentang kan..
Ubi kentang elok ltk 3kg potong 4..
Utk siap pack sama je bhn2nya..
Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili 150g
Santan 1kg
Daging masak kicap/hitam atau rendang atau beriani yg kuah kering 100pax:
Adalah digalakkn utk guna 10kg daging..
Utk siap pack bole guna 8kg daging sahaja tapi perlu bajet daging yang diletak..
Jom kita meroti. Ni dia resipi roti sosej pintal yang biasa korang nampak kat kedai bakeri. Nak letak atau tambah sos cili dan mayonis pun boleh jugak. Bagi penggemar keju bolehlah tabur keju mozzarella atasnya. Kita yang buat dia kan,Tapi roti tu kenalah menjadi…
.
Pintal ikut kreativiti anda.
Jika anda adalah penggemar roti, anda patut mencuba resepi roti sosej pintal ini.
1. Masukkan bahan-bahan seperti yis, garam dan gula bersama air suam. 2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega. 3. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung. 4. Biarkan doh selama 45 minit.
CARA MEMINTAL ;
1. Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. 2. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus. Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. 3. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella. 4. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
Selalu bila kita dengar menu satay mesti dicucuk pada lidi kan? Lepasni tak perlu lagi. Guna je seekor ayam haa dah menjadi dah Ayam Bakar Satay kita. Paling best sekali tak payah guna arang. Resipi Ayam Bakar Satay ni sangat mudah dan menyihatkan. Boleh di masak menggunakan multicooker sahaja, kalau tiada di rumah, boleh beli Ekobee 3 in 1 Intelligent Multi-Cooker With Steam Tray dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI! Resipi Ayam Bakar Satay ini telah dikongsikan oleh Aizat Razak di Facebook. Jom kita cuba!
Aneka jenis resipi pemanis mulut dari kuih muih tempatan yang boleh anda cuba sendiri dan boleh dijadikan sebagai hidangan buat keluarga atau tetamu. Ia mudah disediakan dan sememangnya disukai ramai!
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Fungsi tepung yang dimasukkan dalam inti bagi memastikan ia tidak berderai.
LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang masak | dibuang kulit
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum | diayak
½ biji kelapa parut
½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya | dilayur atas api
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati
Ambil sekeping daun pisang, letakkan satu sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang
Letakkan satu sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti.
Kemudian, tutup kelapa parut tadi dengan satu sudu adunan pisang
Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan.
Buat sehingga habis.
Susun dalam pengukus secara berselang seli dan kukus selama ½ jam atau hingga masak
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda tidak mahu ada inti kelapa, campurkan sahaja dalam bahan kisar tadi. Kisar sekali hingga halus.
LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN
1 kg ubi kayu | diparut
135 ml santan pekat
230 gm air gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan | disimpul
Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya.
Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh letakkan kelapa parut sebagai initi jika suka.
KUIH BAKAR KEMBOJA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan mentega
Bijan secukupnya untuk ditabur
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Sapukan acuan dengan mentega, ketepikan.
Satukan semua bahan-bahan, kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus.
Panaskan acuan dalam ketuhar selama lima minit.
Keluarkan acuan dan tuangkan adunan dan masukkan semula dalam ketuhar.
Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan di atas permukaan.
Sambung membakar selama 40 – 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak.
Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam acuan.
Potong dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan 250ml jus pandan, kisar4-5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml.
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
Air secukupnya
Bahan Kelapa:
Garam halus
1 cawan kelapa | putih sahaja
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan gula merah ke dalam bekas.
Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur.
Masukkan air kapur, kacau lagi.
Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug untuk memudahkan menuang adunan ke dalam acuan kecil.
Kemudian kukus selama 15-20 minit.
Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Gaulkan kelapa dengan garam hingga sekata rasanya.
Taburkan kelapa di atas kuih kaswi.
INFO CHEF: Sapukan acuan dengan minyak, bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
700 gm ubi keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil.
Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan
Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
Sejukkan sebentar.
Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
Didihkan menggunakan api yang sederhana.
Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.
INFO CHEF: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur.
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
INFO CHEF: Tambah sedikit tepung gandum untuk anda yang tidak mahu terlalu liat.
KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan |dikisar
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dengan air selama tiga jam bersama pewarna hijau dan air kapur.
Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian masukkan santan & air pandan ke dalam pulut tadi, gaul rata dan kukus lagi selama 30minit.
Kemudian bentukkan pulut ikut bentuk yang anda suka.
Gaulkan pulut dengan kelapa parut. Ketepikan
Sementara itu buat air gula. Masukkan semua bahan air gula dalam periuk.
Masak menggunakan api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Angkat dan biarkan sejuk.
Siap dihidangkan bersama pulut.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk., jika suka.
Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
INFO CHEF: Masukkan sehelai daun pandan ke dalam rebusan air, untuk mendapatkan aroma wangi daun padan pada onde-onde.
APAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan B:
11gm yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula halus
Bahan C:
4 cawan tepung gandum
secubit garam
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Tapis dan sejukkan.
Dalam bekas lain satukan bahan B dan kacau, biarkan lima minit atau hingga berbuih.
Seterusnya, satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah disejukkan, kacau menggunakan whisk.
Setelah sebati, tutup dan perapkan selama 1 jam.
Sapukan acuan dengan minyak,kemudian tuangkan adunan dalam acuan.
Kukus selama 20 minit.
Angkat dan sejukkan.
INFO CHEF: Apam ini sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
Bentukkan doh bulat seperti bebola.
Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INFO CHEF: Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...