Sotong Celup Tepung memang sedap dimakan. Tetapi salah satu masalah bila nak masak hidangan ini secara homemade ialah ada kalanya tepung dan sotong ‘terpisah’ apabila digoreng. Nampak tak cantik dan berminyak. Tu belum lagi masalah sotong meletop dalam kuali. Haih…sakitnya hati kan? Bagi anda yang alami masalah ini, cara yang dikongsi ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
CARA MUDAH GORENG SOTONG TANPA LERAI TEPUNGNYA
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
*Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
IKLAN
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
IKLAN
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
IKLAN
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cuci periuk memang leceh lebih-lebih lagi yang susah nak tanggal. Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak bersih. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA CUCI & SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
Daging salah satu bahan basah yang boleh dibeli banyak untuk stok dan simpan dalam peti sejuk. Masalahnya bila dan sibuk, tak sempat masak hingga lupa ada simpan daging dalam peti sejuk. Bila tengok daging dah keras dan berubah warna. Mula was-was, boleh dimakan lagi atau tak?
Jawapannya, anda masih boleh menggunakannya untuk dimasak, walaupun sudah berubah warna dari merah ke coklat gelap atau kehitaman. Daging sebenarnya tetap elok dimakan selagi tidak dikeluarkan dari peti sejuk, tidak berbau atau berledir.
Memang daging segar berwarna merah, ia menunjukkan adanya kandungan protein yang dikenali sebagai mioglobin. Apabila daging terdedah pada udara terlalu lama dan terkenal cahaya berterusan, ia menyebabkan warna daging yang asalnya merah bertukar gelap. Air yang membeku dalam daging juga boleh mengubah warna. Bukan itu sahaja, daging juga mungkin menjadi lebih lembik dan mengecut sedikit.
Harap info ini membantu anda yang ragu-ragu akan daging yang telah disimpan lama dalam peti sejuk, jadinya selagi tidak dikeluarkan dari peti sejuk ia selamat digunakan ye…
Apa yang kita makan menggambarkan diri kita, ungkapan ini ada benarnya. Mengamalkan corak pemakanan sihat dan seimbang penting tau untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Selain itu pilihlah makanan yang boleh membantu menghindari dan meningkatkan pertahanan badan daripada serangan penyakit.
Kandungan anti oksidan, vitamin, mineral dan serat di dalam makanan ini jika diamal selalu boleh membantu badan untuk melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Ni min kongsikan 12 makanan anti kanser ini..
1. BROKOLI
Kredit Foto : simplyrecipes.comBrokoli elok dimakan kukus atau mentah. Ia mengandungi sulforraphane and isothiocyanates. Kedua komponen ini bertindak dengan enzim dalam tubuh untuk melawan kanser. Brokoli juga kaya dengan vitamin C dan K.
2. TOMATO
Kredit foto : newmobile.inTomato sedap dimakan bila dijadikan salad, masak sup dan sos dan pelbagai masakan. Isi buah tomato juga mengandungi vitamin C. Terdapat kajian yang menunjukkan lycopene sumber anti oksidan yang terdapat dalamnya juga bersifat anti kanser.
3. BAWANG PUTIH
Kredit foto : medicalnewstoday.comBakar, tumis panggang, gunakanlah bawang putih bila memasak. Kandungan sulfurnya boleh mengurangkan risiko terbentuknya beberapa jenis kanser.. Bawang putih juga adalah sumber terbaik vitamin B6 dan mineral manganese.
4. JAGUNG
Kredit foto : believeinbristol.orgSamada anda mengukus, memanggang atau merebus jagung, atau dijadikan bahan ramuan dalam sajian, kesemua ini baik dijadikan rutin makanan anda. Jagung mengandungi beta-cryptoxantin dan asid ferulic, keduanya ini dipercayai dapat menghalang pembiakan dan pertumbuhan sel kanser. Tapi ingat jangan letak garam dan mentega/marjerin berlebihan, nanti tak sihat la pulak.
5. UBI BIT @ BEET ROOT
Kredit foto : healthline.comTengok warnanya sahaja dah boleh tahu ia adalah makanan anti kanser.Iya warna ungu tua yang menaikkan selera. Kukus, rebus, panggang, dibuat sup atau masukkan ke dalam salad, kedua isi ubi dan daunnya mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Pigmen warnanya betacyanin dipercayai dapat menghindari kanser.
6. LOBAK MERAH
Komponen anti kanser dipercayai dalam pigmennya , carotenoid dan termasuklah beta karotene memberikan warna oren pada lobak merah. Makan lobak ni mudah aje kan jadikan jus makan mentah atau ramuan masakan, memang sedap.
7. TEH HIJAU
Kredit foto : archanaskitchen.comTeh hijau mengandungi polyphenols yang boleh mengelakkan dari pertumbuhan sel kanser. Daun the kering iaitu camellia sinensis dipercayai dapat merangsang system pertahanan tubuh (imun) dengan menyingkir toksin dan meningkat tahap kesihatan. Bagaimanapun the hijau mengandungi kafein, usah minum berlebihan pulak.
8. KUNYIT HIDUP
Warna oren pada kunyit adalah kandungan curcumin yang mempunyak efek anti kanser terhadap pelbagai jenis kanser. Ia juga bersifat anti keradangan dan komponen anti oksidan yang sangat membantu mengurangkan risiko kanser.
9. STRAWBERI
Kredit foto : news.abs-cbn.comBerita baik buat penggemar strawberi , ia mengandungi phytochemical yang terbukti bersifat anti kanser dan anti keradangan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin C dan manganese.
10. BAYAM
Kredit foto : medicalnewstoday,comKartun Popeye jadi kuat bila makan bayam tu ada mungkin benarnya. Bayam adalah sayur yang penuh dengan pelbagai khasiat kesihatan. Komponen melawan kansernya terdapat pada lutein dan zeaxanthin. Anda akan dapat khasiat terbaik dengan menjadikan ia salad mentah, tepati kalau masak sup nakkan khasiat berganda jangan lupa masukkan bawang putih.
11. BIJIRIN PENUH @ WHOLE GRAIN
Kredit foto : goodhousekeeping.comPilihlah bijirin penuh setiap kali membeli roti, tepung atau bijirin. Khasiat bijirin penuh iaitu lignans dan saponins menghalang sel daripada pertumbuhan berganda. Memakan sajian tinggi serat ini juga sangat membantu penghadaman dan mengelakkan risiko kanser.
12. DAUN HERBA MASAKAN
Terdapat beberapa daun herba yang mengandungi komponen yang membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. Gunakanlah herba yang melazatkan makanan anda seperti daun pudina, selasih, thyme dan rosemary. Eloklah ambil daun segar dari pokok herba yang ditanam sendiri dalam pasu, lebih asli dan lebih manfaatnya
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...