Baru-baru ini tular berita singgang ikan mungkin boleh jadi penawar COVID-19. Halia serai, kunyit dan asam keping dan garam bila dipanaskan dan dilarutkan dalam air akan menghasilkan komponen anti mikrob dan anti oksida.

Anti mikrob dan antioksida boleh menentang mikro organisma tertentu dalam badan manusia, jadi kemungkinan singgang ikan boleh melawan virus COVID-19. Bagaimana pun kejadian terperinci masih dijalankan. Moga penemuan ini jadi kebenaran, aamiin. 

Ni min kongsikan resipi singgang ikan yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah.  Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.

Tiga Jenis Singgang Super Senang , Katanya Boleh Jadi Penawar COVID 19 ?

SALMON SINGGANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 1/2 liter air
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 3 cm halia | hiris nipis
  • 4cm lengkuas | hiris nipis
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 batang serai | titik
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh belacan | bakar
  • 3 biji tomato | potong kiub
  • 300gm nanas | potong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian  bilas dengan air bersih.
  2. Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
  3. Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
  4. Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
  5. Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, sedia dihidangkan.

Tiga Jenis Singgang Super Senang , Katanya Boleh Jadi Penawar COVID 19 ?

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
  • 4  keping asam gelugor
  • 1 batang serai | titik
  • 3 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji lada hitam
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas muda
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
  2. Didihkan hingga mereneh.
  3. Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
  4. Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
  5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Tiga Jenis Singgang Super Senang , Katanya Boleh Jadi Penawar COVID 19 ?

SINGGANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
  • 3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
  • 3 hirisan lengkuas | ketuk | opsyen
  • 2 hirisan halia | ketuk
  • 3 hirisan kunyit hidup | ketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :

  • 2cm kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
  2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
  3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI