Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan lewat malam anda.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh
- Sosej
- Cheese
- 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan cheese di atas roti
3. Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
6. Kemudian celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
7. Panaskan kuali dan goreng
Kredit: Noor Haffiza Mohd Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Buat Sendiri, Tart Keju Telur Portugis
Tengah berfikir apa nak dihidangkan untuk minum petang atau selepas makan malam? Ada yang suka kuih tradisional yang boleh dibeli. Buat anda yang suka buat sendiri, boleh cuba resipi tart keju ini. Gerenti sedap.
BAHAN INTI:
- 100gm gula kastor -BELI ONLINE DI SINI
- 4 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
- 40gm keju cheddar
- 250ml susu segar
- 200ml krim putar
- 1 sudu makan tepung jagung -BELI ONLINE DI SINI
- 1 sudu teh pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; didihkan krim putar dan gula kastor hingga sebati.
- Kemudian campurkan susu segar, esen vanila dan telur.
- Apabila adunan memekat, masukkan tepung jagung, pewarna kuning dan gaul rata.
- Seterusnya masukkan keju cheddar dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat doh pastri; Masukkan kesemua bahan A ke dalam mesin pengadun kecuali air. Kemudian gaul hingga sebati.
- Masukkan air dan adun sehingga doh sebati dan lembut.
- Keluarkan doh, canai dan masukkan pastri marjerin.
- Lipat doh dan lakukan lipatan single book dan double book.
- Potong doh pastri dan masukkan ke dalam acuan aluminium.
- Masukkan inti dan bakar pada suhu 200⁰C selama 25 minit.
- Sedia dinikmati.
INGIN MEMBELI AIR FRYER? BOLEH LIHAT DI SINI
Cara Memasak Daging Black Pepper Berapi Pulak, Cili Padi Selera Asia.
Batter Pisang Goreng Dengan Sambal Kicap Simple, Rangup Sampai Ke Petang
Roti Canai Buatan Sendiri Lagi Puas Makan
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu makan gula
- 1 cawan Air
- Setengah sudu kecil garam
- Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
- Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
- Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
- Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
- Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
- Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
- Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
- Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
- Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
- Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Kredit: Normaliana Abu Bakar
Pancake Lemon & Pancake Milo… Sarapan Enak Untuk Anak-anak
Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung gandum
- 50gm cornflakes | ramas kasar
- 280ml susu segar
- 30gm gula halus
- 1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
- 1 biji parutan kulit lemon
- 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
- 2 sudu makan mentega | cairkan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu cair/ susu segar
- 3 paket Milo 3 in 1
- 3 sudu besar mentega dicairkan
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK :
1. Pecahkan telur dan kacau
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly