Pernah makan Teresek Kacang Panjang tak? Ini menu rewang yang  popular di kebanyakan tempat di Kelantan. Menu ini gambungan sayur kacang panjang dengan  leher, hati, kepak dan kaki ayam yang dipotong kecil. Ia kemudian ditumis bercili dan bersantan. Sangat sedap, apatah lagi makan berebut sembil masak lauk kenduri kahwin.

TERESEK KACANG PANJANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 batang kacang panjang
  • 3 biji cili hijau
  • 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan  rempah kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar biji  | sangai dan kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
  2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
  3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
  6. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI