Donut tidaklah terlalu sukar untuk dibuat namun kadang kala hasilnya tidak segebu dan selembut yang dibayangkan. Teringin nak makan donat yang lembut tapi hanya guna bahan biasa? Resipi perkongsian Norhazwani Binti Johari ini boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar planta (cairkan)
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • 1 cawan air suam(*)
  • 3 sudu besar gula (*)
  • 2 sudu besar susu pekat manis (*)
  • 1 bungkus mauripan (*)

CARA-CARA:

IKLAN
  1. Satukan bahan bertanda (*). Kacau sebati dan ketepikan 15 minit untuk proses pengembangan.
  2. Dalam bekas berlainan, satukan planta, tepung dan telur. Gaul hingga sebati dan seakan serbuk roti.
  3. Kemudian masukkan bancuhan bahan bertanda (*). Masukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
  4. Tumbuk sedikit doh kemudian rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam.
  5. Setelah doh mengembang, uli semula kemudian canai. Bulatkan dan bentukkan menjadi bentuk donut.
  6. Susun doh donuh dan biarkan seketika sehingga kelihatan kembang.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Guna minyak yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut hangus.
  8. Angkat, toskan minyak dan taburkan gula halus. Sedia untuk dinikmati.

Terasa Nak Makan Donut Untuk Minum Petang? Cuba Resipi Mudah Ni. Memang Gebu!
Kredit resipi & gambar: Norhazwani Binti Johari

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI