Anda penggemar tat dan pai? Ini RASA kongsikan dua resipi yang  sangat mudah dibuat, tapi hasil kejadiannya gerenti sedap setanding pai dan tat yang dijual di bakeri ternama. Apa tunggu lagi copy resipi  ni, jom kita buat sama-sama.

Tengok Gambar Je Terus Teringin Tart Portugis & Epal Pie Ni.

TAT KEJU TELUR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN A:

  • 500gm tepung roti
  • 15gm gula
  • 5gm garam
  • 50gm marjerin
  • 250gm air
  • 250gm pastri marjerin

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 100gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 40gm keju cheddar
  • 250ml susu segar
  • 200ml krim putar
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh pewarna kuning

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; didihkan krim putar dan gula kastor hingga sebati.
  2. Kemudian campurkan susu segar, esen vanila dan telur.
  3. Apabila adunan memekat, masukkan tepung jagung, pewarna kuning dan gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan keju cheddar dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat doh pastri; Masukkan kesemua bahan A ke dalam mesin pengadun kecuali air. Kemudian gaul hingga sebati.
  6. Masukkan air dan adun sehingga doh sebati dan lembut.
  7. Keluarkan doh, canai dan masukkan pastri marjerin.
  8. Lipat doh dan lakukan lipatan single book dan double book.
  9. Potong doh pastri dan masukkan ke dalam acuan aluminium.
  10. Masukkan inti dan bakar pada suhu 200C selama 25 minit.
  11. Sedia dinikmati.

Tengok Gambar Je Terus Teringin Tart Portugis & Epal Pie Ni.

IKLAN

PIE EPAL

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

BAHAN KULIT PASTRI:

  • 200gm tepung gandum
  • ¼ sudu teh garam
  • 100gm marjerin
  • 80ml air sejuk

BAHAN INTI:

  • 4 biji epal
  • 1 biji buah lemon | parut
  • 2 sudu makan mentega
  • 100gm gula perang
  • 4gm serbuk kulit kayu manis
  • 10gm tepung jagung
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; kupas kulit epal dan buang biji. Hiris nipis.
  2. Panaskan gula dan mentega, masukkan hirisan epal. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kulit kayu manis, garam dan tepung jagung.
  4. Kacau sehingga epal lembut dan kuahnya pekat.
  5. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  6. Untuk membuat kulit pastri; ayak tepung bersama garam.
  7. Masukkan marjerin ke dalam tepung dan ramas agar ia sebati.
  8. Masukkan air dan gaul sehingga membentuk doh.
  9. Uli doh sebentar dan rehatkan.
  10. Canai doh mengikut ketebalan yang dikehendaki. Letakkan pastri doh ke dalam acuan pai dan tekan.
  11. Potong lebihan doh di sekeliling acuan pai dengan spatula logam.
  12. Masukkan inti ke dalam doh dan tutup bahagian atas dengan lebihan doh tadi.
  13. Bakar pada suhu 180C sehingga masak.
  14. Sejukkan dan sedia dinikmati.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI