Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.

Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.

Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.

IKLAN

TELUR KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 biji kentang (dadu halus)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
  • 5 keping cheese
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam & lada

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
  2. Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
  3. Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
  4. Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
  5. Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
  7. Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka. Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Aida Ismail 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI