Telur dadar sedap dimakan dengan apa sahaja. Boleh dimakan dengan nasi, bubur ataupun roti. Jom kita cuba buat telur dadar yang comel. Budak-budak pun boleh makan. Mesti mereka suka sebab comel. Tapi kalau nak buat untuk budak-budak, jangan letak cili padi tau.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
1 tangkai daun sup (hiris)
3 keping keju (dikoyak-koyak)
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam satu demi satu. Kacau sebentar.
2. Masukkan capsicum, bawang, cili padi, daun sup dan keju.
3. Panaskan kuali rata. Sapukan marjerin pada kelongsong telur benjo.
4. Letakkan marjerin dalam kelongsong. Masukkan sedikit adunan telur.
5. Biarkan sehingga masak dan angkat.
6. Ulangi sehingga adunan habis.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tofu Telur @ Tofu Jepun Homemade Segar, Bahan Utama Air Soya Pekat Aje
Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan
.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan air soya | yang pekat
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
- Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
- Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
- Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
- Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
- Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
- Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
Resipi Sambal Pecah Telur. Siap Ada Bilis Garing & Kentang. Ada Lauk Ni Nasi Memang Kena Masak Lebih
Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang putih (tumbuk)
- 5 biji bawang merah (kisar)
- 1 sudu makan cili kisar
- Bilis (guna yang halus lagi sedap)
- 3 biji telur
- 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
- Minyak
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa secukupnya
- Sedikit belacan
- Sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
- Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
- Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
- Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
- Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
- Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
- Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
Kredit resipi & gambar: FB Nadia Mohamad
Ini 7 Cara Buat Telur Dadar Yang Nipis & Cantik
Telur dadar nipis adalah telur dadar yang selalu kita jadikan hiasan di atas nasi goreng. Selalunya telur dadar macam ni, digulung dan ditabur.
Nak buat telur dadar nipis macam ni, tak semudah disangka. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
1. Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22 cm adalah lebih sesuai.
2. Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit .
3. Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali antilekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali. Gunakan lebih kurang satu sudu kecil minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Tindakan ini membantu telur dadar lebih mudah diterbalikkan. Jika terlebih minyak boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
4. Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata, anda perlu gunakan api. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
5. Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan untuk satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran. Agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
6. Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elak goreng telur dadar terlalu lama sehingga menjadi terlalu garing. Warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan, terus masukkan telur. Apabila telur sudah kering, terbalikkan sebelah lagi. Selepas 30 saat angkat segera telur.
7. Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga sesuai dijadikan lauk dimakan dengan pulut kuning, nasi goreng atau diratah begitu sahaja.
Selamat mencuba!