Tak cuba tak tau rasa, tapi bila dah cuba tak cukup sebiji ye menu Telur Air Asam ni. Sesuai sangatlah bila tekak dah bosan dengan menu rendang kari dan segala macam makanan berlemak. Kalau anda ingin merasai sediri keenakannya atau berubah rasa sesekali, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini:-

TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji telur ayam
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar | mayang halus
10 biji cili padi | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Rebus telur lebih kurang 5 minit ( separuh masak lagi sedap).
  2. Kupas kulit dan belah dua ( jika tidak mahu belah pun boleh tetapi cucuk-cucuk dengan garpu telur) ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  4. Susu telur yang dibelah dua dalam mangkuk, tuangkan air asam.
  5. Biarkan lebih kurang 5 minit supaya air asam meresap dalam telur baru dihidangkan dengan nasi panas-panas.

Kredit : Mahfuzah Aidi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI