Anda yang sukakan Tauhu Jepun, selain dikukus ia juga sedap digoreng kemudian tumis dengan daging kisar dan tambah cili untuk memberi sedikit rasa pedas. Untuk anda yang ingin mencuba resipi ini, berikut diserta resipinya. Anda cuba ikut dan gerenti menjadi dan anda akan puas hati dengan keenakan rasanya
TAUHU GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
IKLAN
IKLAN
INFO : Jika anda mahu sambal daging kisar berkuah boleh tambahkan sedikit air di dalamnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Air Dragon Mix Fruit ni, Bila tiba waktu berbuka, air antara hidangan wajib ada dan paling tak sabar untuk dijamah. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Belum ada idea nak bancuh air apa untuk berbuka petang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Yushanun Yusof ni. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Tak guna pewarna tiruan pun. Semuanya warna asli dari buah-buahan segar. Memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT AIR DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN: • Buah naga merah • Buah mangga masak • Anggur manis – dibelah dua • Laici tin – ambil sekali dengan airnya • Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka • Air masak • Ais batu
CARA MEMBUAT: 1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini. 3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati. 4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan nasi impit goreng ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil. Sesuai juga dicuba untuk anak-anak yang susah nak makan nasi.
NASI IMPIT GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Nasi impit mini | dipotong empat
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
BAHAN TEPUNG CELUPAN:
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung goreng ayam segera
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.
2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.
3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.
Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK: 1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan. 3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef:Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Moden Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.