Resipi enak untuk penggemar tart telur seperti yang di jual di kedai. Tart shell rapuh serta kastard telur yang wangi ran lembutd
BAHAN PASTRI (SHELL TART)
170gm mentega
35g gula aising
1/2 sudi teh esen vanilla
1 biji kuning telur/telur gred c
290gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
Sebatikan butter dan gula aising.
Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Gaul hingga tidak melekat di jari, simpankan doh sekejap di dalam peti sejuk (lebih kurang 30minit)
Keluarkan doh, tekan ke dalam acuan yang di gris sedikit shortening. Cucuk skit ngan garfu dasarnya dan bakar selama 20 minit suhu 150-160c
INFO: Sementara shell di bakar boleh sediakan kastad telurnya.
IKLAN
BAHAN-BAHAN FILLING TART TELUR:
50gm gula pasir
110gm air panas
1 sudu makam susu pekat manis
45gm susu cair/Susu fullcream
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastad
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Kacau gula dengan air panas sampai gula hancur.
Masukkan semua bahan yang lain. Tapis ke dalam bekas dan tuang ke dalam shell yang telah dibakar terlebih dahulu.
Tuang hingga penuh dan bakar selama 20-25minit suhu 180c. Guna api atas bawah. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari shell kerana ketika panas shell agak rapuh sedikit.
INFO:
IKLAN
Bila sudah nampak macam gelembung naik macam telur cepat-cepat angkat.
Resepi tart telur (saiz 6.5cm/7 cm) boleh dapat dalam 35biji.
Pelbagai buah-buahan segar yang dicipta Allah itu ada manfaatnya untuk semua umat manusia. Di antara banyak buah-buhan itu salah satu yang disebutkan Allah s.w.t dalam al-Quran adalah anggur.
Anggur juga adalah buah-buahan yang digemari Nabi Muhammad s.a.w. Memakannya bukan sahaja menjadi amalan sunnah tetapi buah anti oksidan ini juga penuh berkhasiat dan menyihatkan.
Di dalam al-Quran buah yang lazat ini disebutkan sebanyak 14 kali di antaranya surah An-Nahl, ayat 11, Allah berfirman : “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” Anggur juga memiliki pelbagai khasiat . Di antaranya mengurangi keradangan serta boleh melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Manfaat Kesihatan Anggur:
1.Kesihatan Mata Anggur mempunyai serat, air dan khasiat nutrisi yang mampu menurunkan dan mengawal berat badan. Selain itu khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.
Di dalam buah anggur banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini percayai boleh mengurangkan risiko kerosakan penglihatan. Lutein merupakan salah satu jenis karotenoid dan ia juga mempunyai kesan anti oksida. Dalam satu penyelidikan sains, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Menjadi amalan yang baik kita memakan buah anggur yang mengandungi lutein ini yang diyakini boleh menjaga metabolism dalam lensa mata sehingga ia tetap jernih. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolisma dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
2. Mencegah Sakit Hati (hepar)
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat melindungi segala penyakit yang berhubungkait dengan hati (hepar) manusia.
3. Mencegah Penyakit Strok, Jantung dan Kanser
Khasiat anggur juga dipercayai dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut Reuter Health (Kaltim Post, 2001), “Wanita muda yang mengamalkan meminum jus anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak pat sampai ke otak). Ini kerana di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Bagamana pun seperti juga makanan yang lain, jangan pula diambil secara berlebihan untuk mengelakkan ia menjadi mudarat pula.
PAI ANGGUR (Resipi ini untukk pie berukuran 23 sm ( 9 inci))
BAHAN-BAHAN : Bahan pastri:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu the garam
18 sudu makan mentega tanpa garam (unsalted butter)/dipotong kecil
10 sudu makan air sejuk ais
Bahan untuk inti :
907 gram anggur /dibuang tangkai
¾ cawan gula
2 sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu makan mentega tanpa garam/dipotong kecil
CARA MEMASAK : 1. Pastri :Ayak tepung dan garam di dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan mentega dan adunkan dalam campuran tepung 3. Renjiskan dengan 10 sudu makan air sejuk ais, satukan dengan doh sehingga ia sebati. 4. Tekan doh menjadi bulatan dan pindahkan ke atas papan canai yang ditabur tepung. 5. Uli seketika sehingga doh sekata. Bahagikan doh kepada dua bebola. 6. Satu bahagian bola biarkan lebih besar sedikit daripada yang satu lagi. 7 .Balutkan di dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. 8. Membuat inti : Keluarkan isi setiap biji anggur (pulp dengan biji) dari kulitnya dan masukkan ke dalam kuali bersaiz sederhana, Masukkan kulitnya di dalam mangkuk besar dan ketepikan. 9. Masak isi anggur dengan api sederhana, dan kacau hingga lembut selama lapan hingga sepuluh minit. 10. Kemudian toskan, dan tapiskan ke dalam mangkuk yang mengandungi kulit amggur. 11. Lecekkan dengan belakang sudu, buang biji anggur. 12. Biarkan sejuk sepenuhnya. Kacau gula dengan ubi kayu dan masukkan ke dalam anggur dan ketepikan. 13. Panaskan oven ke suhu 204 darjah celcius. 14. Canaikan bola doh yang besar di atas papan canai yang sudah ditabur tepung. Jadikan membulat dengan ukuran 30.5 sm untuk dimuatkan dalam acuan pai berukuran 23 sm. Tekan kemas di tepinya. 15. Masukkan inti anggur ke dalam pastri dan sapukan sedikit mentega di atasnya. 16. Canaikan bola doh yang satu lagi menjadi bentuk membulat dengan ukuran 25 sm. 17. Tutup inti dengan pastri bulat. Kelarkan sedikit garisan lubang (slits) atas permukaan pai untuk melepaskan stim masa membakar.Kemaskan dan lipatkan doh di keliling tepi acuan pai . 18. Bakar pai untuk 20 minit dan turunkan suhu kepada kurangkan kepada suhu 176 darjah celcius. 19. Teruskan membakar sehingga perang keemasan, selamaka 45-50 minit lagi. Keluarkan dan pai sedia dihidangkan.
2. JUS ANGGUR SUSU/GRAPE MILKSHAKES (Resipi ini cukup untuk dua gelas)
BAHAN-BAHAN :
300 gm anggur merah/dikupas
200 ml susu segar
50 ml madu
200 gm ketulan ais
CARA MEMBUAT : 1. Masukkan anggur dan susu ke dalam mesin pengisar. 2. Masukkan ais dan madu dan kisar sampai halus. 3. Tuangkan dalam gelas, jus anggur susu siap dinikmati
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Iza Fenny ni. Pasti menjadi dan puas hati.
Mudah saja buat kek susu ni. Walau berulang kali membuatnya, tak jemu makan. Anak-anaklah yang paling suka kek ni. Jom kita buat.
Kek Susu Bahan-bahan: 4 biji telur ½ cawan gula ¾ cawan susu pekat manis ¼ cawan susu cair (saya campur susu pekat dan susu cair jadi 1 cawan) 1 sudu besar ovalete Esen vanilla Kisar @ adun semua bahan-bahan di atas 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder (ayak)
Cara membuat: 1.Masukkan tepung ke daalm bahan yang dah dikisar@ diadun tadi. Kacau sebati. 2.Bahagikan adunan ke dalam beberapa bekas dan isi pewarna pilihan. 3.Isi dalam acuan dan kukus 40 minit. Acuan sapu minyak dulu agar senang nak keluarkan kek nanti.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...