Kalau biasa buat talam keladi jom kita ubah jadi talam keledek pulak. Rasa keledek yang manis memang sedap bila dimasukkan dalam ramuan kuih talam. Jom kita masak kuih talam yang gerenti sedap ni.
TALAM KELEDEK (ASALNYA TALAM KELADI)
BAHAN-BAHAN :
Bahan :
Lapisan Bawah (A) 220 gm tepung beras (yatie guna 2 cawan)
40 gm tepung ubi (yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir (yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air (B) 250 gm keledek (keladi) – (lebih sikit pun tak apa) – buang kulit, basuh, (basuh dengan air garam supaya tidak hitam), potong kiub dan kukus selama 5 minit – (kukus baru timbang)
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B .
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10′ x 3″.
4. Kukus selama 25 minit
IKLAN
Bahan : Lapisan Atas 150 – 180 gm tepung gandum (yatie guna 1 1/2 cawan)
250 gm gula halus
3 – 5 biji telur (yatie guna 3 biji)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna
.
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan , tapis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit. (Lap 5 minit sekali)
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Korang pernah merasa kimchi stew? Ini adalah rebusan dengan bahan dasar kuah kimchi khas Korea. Biasanya selain kimchi juga diisi pelbagai jenis lauk. Jika tidak ingin menggunakan daging, pakai bahan apa saja sesuai selera anda. Misalnya daging ayam, ikan atau seafood.
Bahan-bahan : 1 mangkuk kecil tanpa air 1 sudu besar Gochujang 3 ekor ketam -belah 2 1/2 mangkuk air kimchi 1 mangkuk kecil air kosong. Boleh tambah air lagi jika suka air banyak. Minyak untuk menumis Sedikit Brownsugar & himalayan rock salt
Optional: Cendawan enoki Cili besar hijau dan merah Tauhu Telur Keju Mi segera
Cara memasak: 1. Tumis kimchi bersama gochujang sampai kimchi agak garing. 2. Masukkan air kimchi dan air biasa 3. Gaul sebati dan tunggu hingga menggelegak. 4. Masukkan ketam. Kacau. Dan tunggu ketam masak. 5. Jika nak letak tauhu dan telur, boleh letak waktu ini. Kemudian susun bersama cendawan enoki dan cili potong.
Boleh makan bersama nasi atau dengan mi segera yang telah dicelurkan terlebih dahulu.
Tip: Jika nak makan homemade ramen/ramyeon yang sedap, lepas letak mi segera yang telah dicelurkan, letak la kepingan keju untuk rasa lebih umph!
Semua orang boleh buat air cocktail kerana sangat mudah untuk membuatnya. Namun tak semua boleh jadikan sedap lemak berkrim.
Nak buat air cocktail yang sedap dan ada ‘kick’, bolehlah cuba resipi yang dikongsi Hafidz Idris ini.
RESIPI COCKTAIL 7 KETURUNAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair (saya guna jenama carnation) – beli online di sini 1 tin laici – beli online di sini 1 tin mix fruit Nata de coco 1 kotak kecil whipping cream ½ tin susu pekat manis (ikut tahap manis masing-masing) – beli online di sini Ais secukupnya
CARA-CARA:
1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Ketepikan. 2. Kemudian, tuang susu cair di dalam bekas/jag. 7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah, guna 2 tin.
3. Masukkan whipping cream dan susu pekat. Masukkan juga Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua. 4. Akhir sekali, masukkan semua buah dalam tin yang sudah ditoskan tado. Air laici kalau nak guna, bubuh sikit je. Jangan bubuh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan bubuh ais, siap la. Kacau-kacau. Dah boleh minum. Selamat mencuba.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...