Untitled design - 2021-08-24T142244.262

Kuih muih tradisi jika dihidangkan tidak pernah muak makan. Cukup lemak manisnya. Umpamanya kuih talam susah juga nak dapat yang memenuhi cita rasa. Bagi memuaskan hati, lebih elok dibuat sendiri. Tak nak rasa terlalu manis, boleh kurangkan gula.

Talam gula merah
Bahan-bahan lapisan bawah:
1 cawan gula merah *
1/2 cawan gula pasir * (bahan-bahan bertanda *dimasak sehingga gula larut,tapis dan sejukkan)
5 cawan air *
1 sudu kecil air kapur
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi

Cara membuat:
1.Mula-mula panaskan kukusan.
2.Sapu minyak pada loyang,lapik plastik,ketepikan.
3.Dalam satu bekas,satukan tepung gandum dengan tepung ubi,tuang larutan air gula merah bersama air kapur,kacau rata.
4.Masak di atas api,sentiasa kacau sehingga naik wap dan sedikit likat,jangan pekat.
5.Bila air kukusan dah betul-betul mendidih,tuang adunan tadi ke dalam loyang.
6.Kukus selama 20-25 minit,guna api sederhana besar atau besar ( jika ada air bertakung di atas permukaan kuih,ambil kertas tisu ,letakkan di atas permukaan kuih supaya air tersebut menyerap pada tisu.
7.Angkat perlahan-lahan tisu tadi,cakarkan sedikit seluruh permukaan kuih dengan garfu,ketepikan.

Bahan-bahan lapisan atas:
3 cawan santan pekat
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil garam

Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan
2.Masak di atas api,sentiasa kacau sehingga naik wap.
3.Tuang atas lapisan bawah yang telah di cakar tadi,kukus selama 20-25 minit api sederhana.
4.Pastikan kuih betul-betul sejuk dulu baru potong dengan pisau plastik yang telah dioles dengan sedikit minyak
5.Penutup kukusan balut dengan tuala bersih supaya air wap tidak menitik atas kuih.
Saya tak balut penutup kukusan,setiap 8-10 minit,saya buka penutup,lap bawahnya dengan tuala bersih,kemudian sambung kukus.
6.Jika guna acuan kecil,oles sedikit minyak pada acuan,tuang 1/2 larutan gula merah,kukus 8-10 minit,tuang pula larutan putih ( santan ) kukus 10-15 minit,guna api sederhana.

Talam Gula Merah Cukup Lemak Manisnya
Kredit : Nawar Azhar

IKLAN

Comelnya Kuih Lapis Bentuk Bunga Sakura

Cantik Kejadian Apam Tapai Nasi, Putih Gebu Je

Resipi Kuih Orang Lama, Sangat Mudah Rupanya Buat Koleh Lemak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

IKLAN

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI