Walau drama Titian Cinta dah hampir sebulan tamat, tapi auranya masih kuat, apa lagi OST lagu drama ini, Sumpah Cinta dan Sungguh Mencinta terus diputarkan di radio hingga hari ini.

Siapa sangka  penyanyinya Noasfan Shah atau lebih dikenali sebagai Asfan sebenarnya seorang yang cerewet soal pemakanan. Dek kerana cerewet itulah beliau sanggup memasak sendiri dan bawa bekal makanan bila berada di luar rumah.

Akui Asfan, beliau  menjadi seorang pemilih soal makanan yang diambil sejak menyedari bahawa tabiat  pengambilan makanan seseorang itu  boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. Sebagai langkah pencegahan Asfan cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat. Awalnya agak sukar  dan menyusahkan tetapi lama kelamaan beliau boleh membiasakan diri.

Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

“Bila mendengar ramai orang meninggal dunia kerana masalah jantung dalam usia muda. Lebih menyedihkan bila saya dengar ada kanak-kanak dan remaja menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes, menjadikan saya gerun. Oleh itu tidak mustahil saya  dan ahli keluarga mendapat penyakit ini jika tidak mengamalkan pencegahan dari awal.

“Melalui pelbagai info yang saya perolehi sama ada melalui pembacaan, cerita orang  mahupun pengalaman kawan-kawan sebahagian dari punca masalah kesihatan ini datang dari makanan yang diambil tanpa kawalan dan makan ikut nafsu,” ujar Asfan.

Reaksi terhadap permasalahan tersebut, Asfan mengambil keputusan untuk mengubah cara pengambilan makanan. Beliau mula selektif dalam memilih makanan bila makan di luar.

“Saya menjadi sangat cerewet, tidak kira untuk sarapan, makan tengahari mahupun malam saya akan fikirkan  apa yang boleh makan dan tidak boleh. Sampai satu tahap saya akan kira kalori dalam makanan yang akan saya makan. Makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam memang saya jauhi,” ujar Asfan.

Ain Sakinah Razali yang ada bersama mengakui sifat cerewet Asfan, menjadikan beliau sebagai isteri rasa terbeban. Tetapi demi kesihatan mereka sekeluarga, Ain menyesuaikan diri dengan cara pengambilan makanan suaminya.

“Asfan  jarang mengambil daging merah, menjauhi makanan berlemak dan berminyak. Kalau kami berdua keluar membeli barang dapur, dia sangat belek segala tulisan ada pada kotak, botol atau tin makanan yang ingin dibeli. Segala kandungan kalori, apa bahan yang ada semua diperhatikan,” tingkah Ain sambil melayani anak bongsunya, Ali Wakeel Shah, sembilan bulan. Sementara, Ali Haytham Shah, 2 tahun yang masih lena tidur. 

TIDAK KEKOK DI DAPUR

Sejak mendirikan rumah tangga Ogos tahun 2012,  Asfan sebenar tidak kekok di dapur untuk menyediakan sendiri hidangan  keluarga kecilnya. Antara menu yang sering disediakan adalah pasta dan salad, malah anak-anaknya sangat suka sarapan dengan ‘Macaroni Cheese’ yang disediakan olehnya.

Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

 

IKLAN

“Kalau ada kesempatan saya suka masuk dapur memasak masakan kegemaran kami sekeluarga. Tapi bila sudah masak saya tidak suka kemas dapur, yang jadi mangsa isteri. Dia yang terpaksa kemas dapur dan cuci semua pinggang mangkuk dan periuk kotor yang telah saya gunakan untuk memasak.

“Walaupun sangat cerewet dan banyak pantang larang. Sekali sekala kalau teringin kami ambil juga daging tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya atau isteri akan sediakan dalam menu kami tetapi dalam penyediaan  lebih sihat. Contohnya kami akan masak tanpa menggunakan bahan berlemak seperti santan.  Jika mahu masak lemak kami  tukar santan dengan susu rendah lemak atau tukar minyak masak dengan minyak zaitun jika ingin menumis,” cerita Asfan yang sudah lebih 10 tahun terbabit dalam industri muzik.

 

MASA UNTUK ISTERI DAN ANAK-ANAK

Biarpun sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan beberapa album artis baru sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, Asfan tetap mencuri sedikit masa sibuknya untuk bersama isteri serta anak-anaknya.

 

Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

 

“Sekarang jadual saya agak padat, tetapi bukan alasan untuk mengabaikan keluarga. Anak-anak kami masih kecil dan perlukan perhatian sepenuhnya dari kami suami isteri. Walau pun Ain sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhya kepada anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan.

IKLAN

“Setiap minggu saya akan pastikan sehari atau dua kami dapat bersama dengan anak-anak. Selalunya saya akan bawa mereka keluar, pergi ke mana-mana yang boleh mengembirakan anak-anak dan membiarkan mereka bebas bermain dan menerokai persekitaran di luar dari likungan rumah kami, “ tegas Asfan mengakui isteri dan anak-anak adalah pendorongnya untuk terus bekerja kuat dalam industri.

SEMAKIN KUKUH DALAM INDUSTRI

Asfan yang  mula dikenali menerusi lagu Terhenti Di Sini, di mana lagu ini menjadi lrunut bunyi drama Nora Elena pada tahun 2011 telah membawa Asfan muncul dengan single keduanya, Maafkan Aku, diikuti dengan lagu Alasan Untuk Bahagia mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi.

Biarpun lagu-lagunya menjadi siulan tapi di kalangan peminat seni, mereka kurang mengenali Asfan. Namun ia bukan alasan untuk beliau patah semangat. Sebaliknya, dari awal pembabitan Asfan dalam industri adalah untuk mengembangkan bakat dan kerjaya bukan mencari glamor.

“Saya lebih selesa dikenali masyarakat kerana bakat bukan kerana kontraversi. Bagi saya glamor boleh dicari tapi bakat adalah aset untuk saya pergi jauh dan bertahan dalam industri.

“Tahun ini, impian saya adalah untuk memantapkan karier seni termasuk membantu membuka peluang kepada bakat baru yang di bawah satu bumbung syarikat muzik untuk mengembangkan bakat nyanyian mereka,” ujar Asfan yang terbabit secara langsung dalam menjayakan rakaman artis lain untuk  lagu ciptaannya.

Antara artis yang terbabit termasuklah Arja Lee, Haiza dan kumpulan Qanda. Disamping itu, Asfan juga bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi. Untuk album sulungnya ini, Asfan turut  memuatkan beberapa lagu single popular yang pernah menaikan namanya sebelum ini.

Jom Kita tengok resipi ringkas dan berkhasiat daripada Asfan.

 

IKLAN

 

Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

HAWAIIAN SALAD

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji tomato | cincang kasar
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris
  • 1/2  biji cili benggala merah | hiris
  • 3-4 pokok watercress salad
  • 2 ulas bawang putih | parut
  • 1 biji bawang besar | cincang kasar
  • 4 biji buah zaitun | belah empat
  • Sedikit rebusan isi ayam
  • 1 sudu besar besar minyak zaitun
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Cuci semua bahan salad dengan air bersih,kemudian toskan.
  2. Campurkan minyak zaitun,jus lemon, garam, parutan bawang putih dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  3. Kemudian tuangkan dalam mangkuk salad. Gaul rata.
  4. Hidangkan bersama mayones atau thousand Island dressing.

 

Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

SPAGHETI AGLIO OLIO

BAHAN-BAHAN:

  • 180gm spageti |rebus dan tos
  • 100gm udang |buang kulit
  • 100gm hirisan daging
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 40gm mentega
  • 5 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 1 sudu teh kepingan cili kering
  • 1 sudu teh herba Itali
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, masukan bawang putih, kacau hingga wangi.
  2. Masukkan pula hirisan daging diikuti dengan udang.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili kering, spageti, herba itali, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Gaul rata, angkat dan hidangkan panas-panas.

Kalau suka pasta boleh cuba yang ini. : http://www.rasa.my/category/resipi-pilihan/mi-pasta/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI