Tak Perlu Sampai Ke Bali Untuk Tarik Selera Keluarga Tersayang Dengan Ayam Masak Tok Bali

Katanya resipi ini cukup terkenal dari Bali, Indonesia. Seakan masakan kicap tetapi ada kelainan sedikit dengan tambahan daun kari dan cili kisar. Rasanya yang enak pasti menepati selera satu keluarga termasuk anak-anak.

AYAM MASAK TOK BALI
BAHAN-BAHAN:

  • 8 ketul ayam(untuk hidangan 3 orang makan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji besar Bawang besar
  • (Bawang putih dan bawang besar dikisar)
  • 5 sudu cili kering – dikisar
  • Kicap manis
  • 1 inci alia (dipotong nipis)
  • Daun kari(untuk mewangikan)
  • 3 batang serai (diketuk dan potong)
  • Bawang besar dipotong bulat (untuk taburkan di atas nanti)
  • Cili merah kecik (untuk ditaburkan atas nanti)

 

Tak Perlu Sampai Ke Bali Untuk Tarik Selera Keluarga Tersayang Dengan Ayam Masak Tok Bali

Tak Perlu Sampai Ke Bali Untuk Tarik Selera Keluarga Tersayang Dengan Ayam Masak Tok Bali

IKLAN

Tak Perlu Sampai Ke Bali Untuk Tarik Selera Keluarga Tersayang Dengan Ayam Masak Tok Bali

Tak Perlu Sampai Ke Bali Untuk Tarik Selera Keluarga Tersayang Dengan Ayam Masak Tok Bali

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang yang sudah dikisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang dikisar. Kalau suka pedas boleh lebihkan.
  3. Tunggu sehingga masak dan pecah minyak. Bila sudah masak boleh masukkan kicap manis, serai, halia dan daun kari. Kacau lagi sehingga masak..
  4. Masukkan ayam bersama sedikit air .
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu lagi sehingga ayam betul-betul empuk dan masak.
  6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat.
  7. Jika kurang rasa manis, masin dan pedas. Olahkan sendiri dengan garam gula kicap manis atau cili.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: NoorHayani Mangsor

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN

5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba

http://www.rasa.my/kari-ayam-ubi-kentang-mudah-tepati-selera-anak-anak-yang-tidak-makan-pedas/

Step By Step Menu Mudah Paprik Campur Bersama Nasi Putih Untuk Si Bujang Yang Suka Memasak

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI