Tahniah! Dato’ Fazley Yaakob Terima Anugerah Alumni Paling Cemerlang Le Cordon Bleu

Siapa sangka Dato’ Fazley Yaakob yang merupakan chef selebriti, penyanyi dan penceramah motivasi telah mengharumkan nama Malaysia dengan menerima Alumni Paling Cemerlang sempena Majlis Gala Alumni Le Cordon Bleu di Paris pada 18 September lalu. Berita kemenangan ini telah dikongsi oleh beliau sendiri melalui akaun instagramnya.

Le Cordon Bleu merupakan institusi yang menawarkan pengajian seni kulinari dan pengurusan hotel terbaik sejak tahun 1985 dengan penglibatan 20,000 pelajar daripada 100 negara setiap tahun. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menyempurnakan pengajian dalam jurursan Diploma de Patisserie pada tahun 2013 dan Hautes Etudes du Gout pada tahun lepas.

 

IKLAN

Selain Dato’ Fazley terdapat tiga graduan lain turut tercalon dalam kategori yang sama adalah Ye Daniel dari China (Diploma de Cuisine, 2008), Aaron Isip dari Filipina (Diploma de Cuisine, 2005) dan Shu Pin Sandra Yu dari Taiwan (Grand Diplome, 2008). Empat calon telah disenarai pendek menjadi dua percalonan sahaja dan Dato’ Fazley akhirnya telah terpilih sebagai pemenang utama. Anugerah ini berdasarkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan kepada dunia masakan, serta menerima liputan media yang paling berkesan untuk kerjaya masing-masing selepas menamatkan pengajian mereka di institut ini.

IKLAN

Empat panel juri khas diberi tugas mengadili untuk pemenang anugerah ini. Mereka adalah Pengarah Eksekutif Seni Kulinari Le Cordon Bleu Paris Eric Briffar; Pastry Cef Tebaik Perancis 2015,  Jerome Chaucesse; Cef Eksekutif Restoran Laurent dan Cef Michellin Star, Cef Alain Pégouret serta Pengarah Sommelier Hotel Ternama di Paris, Estelle Touzet.

IKLAN

Selain anugerah alumni paling cemerlang, dua anugerah lain turut  disampaikan semasa majlis tersebut adalah The Best Alumnus Concept dan The Most Successful Entrepreneur. 

Part 3: Tiupan emas 😂 wedding @kameliao_ @handsomeasniggaz made by @sukasucrebistro

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Kalau pening jangan tengok.. sebab saya tak pakai selfie stick 😂 @bonzainal3003

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI