“Resipi Kami, Cara Kami, ” inilah antara prinsip memasak June. Tengok rupa gambar sup ikan merah yang dimasak oleh June Ahmad ni memang terpesonalah. Ini sup ikan kegemaran anak-anak dan familinya.
Katanya dalam laman FB yang dikongsikan, dia lebih suka tumis bahan-bahan dahulu. “Buh bunga kantan gak sup wangi gitu, bukan apa ikan ini biasanya hanyir hanyir sikit.” ceritanya lagi. Anaknya yang bernama Amna kalau makan nasi siap tambah-tambah lagi. Tak guna pun sup bunjut untuk ikan yang dalam paket tuh.
Tapi tetap wangi dan sedap. Jom semak resipi dari June Ahmad ini.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kentang dalam periuk, masukkan air agak agak aje, rebus sekejap kemudian masukkan ikan. 2. Panas minyak sikit dalam kuali lain, ,masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Dah wangi boleh tuangkan dalam periuk sup.
.
.
IKLAN
3, Masak sekejap hingga kentang empuk… 4. Akhir sekali masukkan garam, perasa dan asam keping. 5. Akhir sekalisekali tabur bunga kantan n daun sup… ** bunga kantan nak hiris kecik2 atau memanjang pun ok ja,ikut citarasa masing-masing 6. Sup ikan merah sedia dihidang.
Resipi Char Meehoon @ Bihun Goreng Cina perkongsian saudara Wan LuQmanni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah.
Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Tapi bab rasa, memang terbaik. Gred A orang kata.
Ha…Nampak best kan? Tunggu apa lagi. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK BIHUN GORENG CINA @ CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak –beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel,kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
Anak-anak Terengganu mesti teringatkan kampung halaman bila sebut Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol. Kalau teringat anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, sekurang-kurangnya lepas rindu ibu ayah dan sanak saudara di kampung. Menu simple dan mudah sangat kalau anda mencubanya.
NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU BAHAN NASI KUNING: 3 cawan beras | beras basmathi lagi elok. 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 1 sudu kecil garam 2 helai daun pandan Pewarna kuning BAHAN TUMISAN: 2 sudu besar majerin 3 sekawan seckupnye 2 ulas bawang putih | hiris 1/2 inci halia | hriis 3ulas bawang merah | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan marjerin, diikuti bahan tumisan dan daun pandan.
Bila naik bau masukkan beras yang telah dicuci dan toskan tadi ( jika guna beras basmathi rendam dahulu setengah jam).
Kacau sekejap masukkan air, susu dan perwarna kuning. Lengkapkan rasa dengan garam dan sedikit gula jika perlu.
Setelah cukup rasa tutup periuk masak macam biasa hingga nasi masak.
GULAI IKAN TONGKOL BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan tongkol saiz besar | potong, bersih dan tos. 3 sudu besar cili kering kisar 2 sudu makan kerisik 3 sudu besar rempah gulai bunga rose | campur dengan rempah masak rose dan tambah sedikit air jadikan pes. Kacau hingga jadi pes. Gula melaka @ gula putih Garam secukup rasa Cili padi secukupnya 1 kotak santan kecil Rempah 4 sekawan BAHAN KISAR: 6 bji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Ikan yang dibersihkan tadu masukkan dalam pengukus dan kukus dengan air biar tenggelam ikan. Campurkan asam gelugor, garam (air ikan simpan untuk dimasukkan ke dalam gulai nanti). Kukus sehari awal lebih baik.
Panaskan minyak tumis cili kering & 4 sekawan hingga terbit minyak masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau baru masukkan rempah yang dijadikan pes tadi bersama cili padi. Tumis hingga pecah minyak dan rempah betul-betul masak.
Masukkan santan air, biarkan mendidih, masukkan gula melaka, kerisik dan ikan berserta air dan asam gelugornya sekali.
Biarkan mereneh seketika dan tambah garam secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan mereneh seketika dan timbul minyak dan tutup api.
Gulai ikan tongkol siap.
ACAR TIMUN: BAHAN-BAHAN 1 batang timun| buang tengahnya dan potong mancis 1 batang lobak merah | potong mancis 1 biji cili merah | hiris 1 biji bawang besar | hiris Garam, gula dan cuka secukupnya Sedikit jus limau kasturi
CARA MEMBUAT:
Campurkan cuka, garam, gula dan jus limau nipis. Kacau rata hingga sebati.
Tuangkan ke dalam bekas yang berisi hirisan timun, lobak merah, bawang besar dan cili tadi.
Gaul rata hingga cukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SAMBAL LADA: BAHAN- BAHAN: 3 biji cili besar merah Cili padi hijau + merah Secukupnya Garam, gula, jus limau kasturi secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur.
Setelah siap, sambal sedia dihidangkan.
INFO : Dalam gulai boleh masuk belimbing buluh dan tambah telor rebus.
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.
“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.
Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.
Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian
“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.
Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.
Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.
ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)
BAHAN-BAHAN :
800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
600 ml air
2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
2 biji tomato | dibelah dua
7 batang biji bendi
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
/2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar :
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 sm belacan
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
Perasakan dengan garam dan madu.
Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.
RENDANG DAGING PARU
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging | dipotong kiub kecil
1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
50gm kerisik
30 gm serbuk kari
2 helai daun kunyit | diracik halus
4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
Bahan dikisar :
35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
5 biji cili padi
350 gm bawang merah
5 sm halia muda
2.5 sm lengkuas
6 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
CARA MEMASAK :
Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.
BUBUR KACANG DURIAN
BAHAN-BAHAN :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 – 5 ulas durian
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
Bilas dan rebus sampai empuk.
Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat