Bagi anda yang suka makan hidangan barat, boleh cuba buat sendiri Creme Meatball ni. Istimewanya resipi ni ajar anda buat bebola daging hinggalah ke penyediaan sos. Mudah. Tak perlu lagi beli bebola daging sejuk beku. Jom cuba. Anda pasti suka.

 

CREME MEATBALL

IKLAN

Suka Menu Western? Mama Shida Kongsi Resipi Creme Meatball Mudah.

BAHAN MEATBALL:

IKLAN
  • 300gm daging kisar
  • 1/2cawan serbuk roti
  • Sedikit hirisan daun parsli
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

BAHAN SOS:

  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan krim masam
  • 1/2cawan susu rendah lemak
  • 2 sudu makan serbuk keju parmesan
  • 2 ulas bawang putih – ketuk kasar
  • 1 mangkuk air
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan meatball, masukkan daging cincang dalam mangkuk dan campurkan serbuk roti, telur, serbuk lada hitam, hirisan daun parsli, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.
  2. Cubit doh, bulatkan dan golek dalam bekas berisi tepung gandum. Ulang langkah hingga habis adunan.
  3. Panaskan minyak, goreng meatball hingga habis, Ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian masukkan bawang putih dan sedikit air. Biarkan hingga bawang agak garing.
  5. Keluarkan bawang putih, masukkan tepung. Kacau hingga keperangan.
  6. Masukkan krim masam dan kacau lagi hingga sebati.
  7. Tambahkan susu rendah lemak. Setelah mereneh, kecilkan api.
  8. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
  9. Masukkan meatball yang telah digoreng tadi ke dalam sos.
  10. Taburkan serbuk keju parmesan diikuti hirisan daun parsli.
  11. Padamkan api. Creme Meatball sedia untuk dihidangkan.

 

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/10156150370023739/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI