Resipi kek mudah tapi sangat sedap perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim. Selamat mencuba!

KEK COKLAT LAYER MOUSSE COKLAT

Suka Makan Kek? Jom Belajar Cara-Cara Buat Kek Coklat Layer Mousse

BAHAN KEK COKLAT MOIST

  • 3 biji telur gred A
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula (saya blend gula pasir)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kotak kecil susu dutch lady coklat (200ml)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:

1. Ayak tepung gandum,serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

2. Satukan telur,gula dan esen vanila dlm bekas. Pukul hingga kembang.

3. Masukkan minyak masak dan susu pekat.Pukul lagi hingga sebati.

4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi.

5. Akhir sekali masukkan susu coklat.Kacau sebati guna senduk je.

6. Tuang adunan ke dalam bekas. Tuang hingga separuh bekas sahaja. Empunya resipi guna bekas saiz sq450dan dapat 6 bekas.

IKLAN

7. Panaskan pengukus dan tunggu hingga airnya mendidih.

8. Masukkan kek dan kukus hingga masak. Anggaran 25 minit. Cara nak tahu kek masak atau belum, cucuk menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan tak ada doh melekat, maksudnya kek dah masak. Balut tutup pengukus menggunakan kain untuk elak wap air menitis atas kek.

Suka Makan Kek? Jom Belajar Cara-Cara Buat Kek Coklat Layer Mousse

9. Sejukkan kek seketikakemudian keluarkan dari bekas. Potong kek kepada dua bahagian. ( empunya resipi potong guna benang).

 

BAHAN MOUSSE COKLAT

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu)
  • 250gm beryls dark chocolate compound
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu makan majerin

CARA MEMASAK:

1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian simpan dulu dalam peti sejuk.

2. Seterusnya, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati dan biarkan sejuk seketika.

3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas berisi whipping cream. Kaup balikkan hingga sebati.

CARA MELAPIS KEK

1. Untuk lapisan pertama, letak kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua.

IKLAN

Suka Makan Kek? Jom Belajar Cara-Cara Buat Kek Coklat Layer Mousse

2. Seterusnya letak kepingan kek dan paipkan lagi mousse coklat. Akhir sekali, tuang coklat ganache.

BAHAN COKLAT GANACHE ( untuk tuang pada lapisan akhir)

  • 250gm beryls dark chocolate compound
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu makan butter/majerin

CARA MEMASAK:

1. Cairkan coklat secara double boiler.

2. Seterusnya masukkan susu cair dan Kacau sebati.

Suka Makan Kek? Jom Belajar Cara-Cara Buat Kek Coklat Layer Mousse

3. Bila dah siap, tuang coklat ganache diatas kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Siti Hajar Hashim

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI