Sepanjang musim raya ni mesti korang kerap makan daging dan ayam kan. Jomlah kita hidang menu ikan pulak di musim raya ni. Tapi kalau tidak kena dengan gaya kita akan muak dengan resipi yang sama. Ubah gaya masakan dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan.
1. IKAN KERISI MASAK TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi – saiz L
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
3-4 tangkai cili padi
3sm halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
2. IKAN SIAKAP SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam
Mixed herbs
Daun Rosemary
Cara Perap:
Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji bawang Holland- potong dadu
1sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
200ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
Masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
IKLAN
3. KEPALA IKAN MERAH ASAM PEDAS SRI MERSING
BAHAN-BAHAN:
500gm kepala ikan merah
1/2ml air asam jawa
3 biji bendi
2 biji buah tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah/hijau |dibelah dua
5 helai daun limau purut
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai hiris
½ inci belacan
1 inci lengkuas hiris
1inci kunyit hidup hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau perlahan hingga garing dan timbul minyak.
Perlahan-lahan masukkan air asam jawa, bila mereneh masukkan kepala ikan dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan cili merah atau hijau.
Biarkan seketika, tutup api dan hidangan.
INFO CHEF: Asam pedas ini tidak menggunakan daun kesum seperti kebanyakan asam pedas.
IKLAN
4. IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.
5. IKAN TENGGIRI BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 helai daun limau purut
4 sudu makan cili kisar
1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
3 batang bendi | dihiris serong
Sedikit minyak bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan jus asam jawa
Aluminium foil secukupnya
Sedikit daun pisang untuk mengalas ikan
IKLAN
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai| hiris halus
1 kuntum bunga kantan| dihiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
Ikan tenggiri dicuci bersih dan diperap dengan sedikit garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun limau purut serta jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Potong sedikit daun pisang dan letakkan di atas aluminium foil. Letakkan sedikit sambal dan sapu rata di atas daun pisang.
Letakkan sedikit hirisan bunga kantan dan letakkan sekeping ikan di atasnya. Sapu sebelah atas ikan dengan sambal dan ditabur dengan lebihan bunga kantan dan bendi.
Bungkus ikan tadi dengan kemas dan ulang kaedah sama dengan baki ikan sehingga habis.
Bakar di dalam pemanggang ajaib dengan setiap bahagian dimasak selama lebih kurang 10 minit.
Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan minyak bawang putih, goreng 5 ulas bawang putih dicincang halus menggunakan ½ cawan minyak masak. Tapis minyak tersebut dan boleh digunakan dalam masakan.
6. IKAN PERCIK GAYA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung bersaiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 cawan santan
1 keping asam gelugur
1 sudu makan tepung jagung |dibancuh dengan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar bersaiz sederhana
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
15 biji cili padi
1 batang serai |dihiris halus
Secubit belacan
CARA MEMASAK:
Ikan disiang, dicuci bersih dan di kelar-kelar sedikit. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar halus, asam gelugur dan santan. Kacau rata dan masak hingga berwap. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
Panggang ikan tadi sehingga setengah masak. Kemudian lumur dengan kuah percik dan bakar lagi sehingga ikan masak. Ulang kaedah yang sama pada semua ikan sehingga habis.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan percik, boleh juga menggunakan ikan selar
Penggemar ikan celup tepung atau seafood lain boleh cuba resipi yang akak ni kongsikan. Pastikan ikut resipi yang diberikan kalau tak takut tak rangup seperti yang dikatakan. Elok makan panas buat ratah atau makan dengan pencicah. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN TAMBAN CELUP TEPUNG KEGEMARAN IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
Anak ikan tamban
3 senduk tepung beras
Sedikit kapur makan
1 biji telur A
Daun bwg hiris kasar
Daun sup hiris kasar
1 sudu serbuk cili
Cili padi hiris (klu nak pedas)
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan2 kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng
Celupkan ikan, goreng dalam minyak yang banyak, pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing
Siap!!!!
Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Sedapnya aneka sajian menu harian inspirasi masakan kampung ni. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ibu-ibu. Pasti puas hati.
KOLEKSI MENU HARIAN MASAKAN KAMPUNG
1. SINGGANG PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
5 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan | belah 2
8 tangkai daun kesum
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar. 2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus. 2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk. 4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan. 2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik. 3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik. 4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan. 5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.
6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.
7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.
Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal
8. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
1 biji kelapa | diambil santannya
40gm ikan bilis
3Sm kunyit hidup | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 batang serai | diketuk
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
9. GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tetel lembu
300gm ubi kentang | dibelah empat
3 batang serai | dititik
3 sudu makan serbuk kari
500ml air
500ml santan
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5gm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
10. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | direbus
30gm terung pipit
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 keping asam keping
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
11. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI
BAHAN-BAHAN:
200gm petai | dibuang kulit
300gm udang | dibuang kulit
2 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 keping asam gelugur
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm kunyit
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih. 3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
12. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
8 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 sudu makan rempah kari ikan
1kg santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya. 2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati. 3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
13. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar kuning | dimayang
2 biji cili merah | dihiris
100gm udang segar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10gm suhun
500ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.
Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.
Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.
Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.
14. GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang ( anggaran harga RM10)
2 batang rebung ( warna kuning)
Santan secukupnya ( anggaran RM2)
1 paket rempah kari pedas Babas
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 sudu makan cili boh
Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
Seterusnya masukkan rempah kari.
Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar. 2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing. 3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat. 4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. 5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata. 6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
1 biji santan – bahagi dua ; separuh goreng, separuh diperah ambil santan.
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.
2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.
4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.
5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika keranu tersebut sedikit basah.
CARA MEMASAK: 1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam. 2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam mangkuk. 3. Seterusnya tumbuk pulak isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut. 4. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah dibasuh dan toskan airnya. 5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati. 6. Masuk gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra, masukkan bawang yang dihiris. Sedia dihidangkan. Jika mahukan kerabu yang sediit berkuah, boleh letak sedikit santan.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian. 2. Masukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus. Gaul rata. 3. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk menyedapkan rasa. 4. Gaul sebati. Lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom. Cukup rasa masam manisnya.
CARA MEMASAK: 1. Kerang dicuci bersih dan direbus. Jantung pisang juga direbus lembut dan tauge dicelur hingga agak lembut. Angkat dan toskan. 2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat. 3. Sediakan mangkuk. Masukkan jantung pisang yang dihiris,tauge, bahan tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. 4. Masukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng. Gaul lagi. 5. Perah sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi.
Cili padi (ikut tahap kepedasan sendiri kalau taknak buh pun takpe) – tumbuk
Santan pekat (lebih kurang dlm sebiji kelapa)
3-4 sudu makan kelapa parut goreng
3-4 ekor isi ikan selayang (bakar atau rebus)
3-4 biji limau nipis (perah ambil jus)
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi. 2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan santan yang dimasak tadi juga. 3. Kerabu ni mesti rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa baru sedap.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan B. Larutkan. Kalau nak masam dan berkuah, lebihkan cuka dan tambahkan lebih gula. 2. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. (rasa ikut citarasa sendiri. Empunya resipi buat manis sedikit kerana telur telah masin.) . 3. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dipotong. Korek telur menggunakan sudu dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur. 4. Siap dan sedia untuk dinikmati.
1 tin besar ikan sardin sebarang jenama (saya guna ayam brand) – ambil ikan sahaja & lecek hancur
Daun pucuk janggus/gajus – hiris halus
10 biji limau kasturi – ambik jus
2 biji bawang besar – hiris
10-15 biji cili padi (boleh tambah kalau mahu lebih pedas)
Gula, garam & serbuk perasa secukupnya
Air jika perlu
CARA MEMASAK: 1. Campur semua bahan-bahan dalam mangkuk bersesuaian. Gaul. 2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 3. Gaul sebati sekali lagi dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.
1kg isi nangka muda – potong, basuh bersih & rebus hingga lembut.
BAHAN TUMBUK LUMAT:
3 biji cili besar merah
15 biji cili api – ikut kepedasan digemari
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai – ambil bahagian lembut saja
1 inci belacan bakar
1 genggam ikan bilis – basuh bersih
BAHAN LAIN:
1 biji bawang besar saiz besar – potong nipis
2 biji limau nipis – tambah jika kurang rasa masam
Sikit gula, garam & perasa
Sedikit pati ikan bilis – jika suka
1 biji kelapa parut – kisar bersama sedikit air untuk ambil santan pekat.
CARA MEMASAK: 1. Leraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus. Letak dalam bekas besar. 2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain. Gaul rata. 3. Perasakan dengan limau nipis. Rasa terlebih dahulu supaya cukup masin, masam dan manisnya. 4. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul hingga mesra. 2. Rasa kerabu supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya. 3. Jika suka pedas dan bawang, boleh tambah ikut cita rasa masing-masing.
Halia muda (boleh guna halia tua, cuma rasanya kuat sikit)
Tauge – celur seketika
BAHAN TUMBUK LUMAT:
Kelapa parut
1 biji cili merah besar
Cili padi (sesuaikan ikut kepedasan yang dikehendaki)
Cili kering yang telah direndam (empunya resipi letak sedikit sahaja)
Belacan – sebesar ibu jari
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan tumbuk dan lumatkan. Masukkan dalam bekas. 2. Tambah air asam jawa dan sebatikan. 3. Masukkan bahan hiris dan tauge. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasanya. Lagi sedap jika ada penambahan daun cekur.
1 sudu teh tepung jagung (Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)
BAHAN KERABU:
1 biji bawang besar – hiris nipis
1 kuntum bunga kantan – mayang halus
1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
1 biji tomato – buang biji & potong kecil
1 genggam ikan bilis goreng
Sedikit sos ikan
2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya
Sedikit gula
BAHAN TUMBUK:
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bwang putih dibakar
1/2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata. 2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa. 3. Sedia untuk dinikmati.
Lauk pauk ni kalau makan dengan nasi putih, memang padu. Nak cari RICE COOKER baru yang lebih besar? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni: