Mood kuih raya dah mari. Ini antara yang menjadi kegemaran ramai, Strawberry Swiss Tart. Mudah guna acuan samperit saja. Buat banyak boleh beri pada ibu bapa bila pulang ke kampung nanti.
Strawberry Swiss Tart
Bahan-bahan:
250gm butter(saya guna jenama twin cows)
1/2 cawan gula aising(saya blend gula pasir)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan corn flakes(blend hingga hancur)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Filling strawberry secukupnya
Cara membuat:
1.Satukan butter,gula aising dengan esen vanila.Kacau sebati.Saya guna senduk kayu.
2.Masukkan corn flakes hancur,diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.Gaul sebati.Adun hingga jadi doh.Jika doh masih lembik,boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.Akhir sekali, masukkan coklat rice.Gaul sebati.
3.Saya guna acuan semperit, tekan sikit di tengah biskut.Tekan guna jari,supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti.
4.Isi filling strawberry dalam piping bag.Gunting di bawahnya dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut.
5.Bakar selama 20 minit @ hingga masak. Guna api atas bawah. Suhu 180c.Suhu ni kena ikut oven masing-masing.
Kredit: Siti Hajar Hashim
Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Raya, Ingat Kuih Batang Buruk
Bukan orang lama je ye suka Kuih Batang Buruk, yang muda pun ramai suka. Harga pun setiap tahun naik, seiringan dengan harga barang-barang yang terus naik. Apa kata kita cuba buat sendiri.
Nampak mudah cara membuat dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Jadi bolehlah kita sama-sama membuatnya sendiri. Mula cuba dulu, kalau menjadi boleh buat untuk raya, bolehlah jimat.
BUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw saiz besar
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Potong kulit popia memanjang seperti dalam gambar mengikut ukuran menggunakan pembaris.
- Tarik sehelai sehelai lapisan kulit popia yang telah digunting tadi. kemudian gulung pada straw gunakan putih telur sebagai pelekat atau gunakan bancuhan tepung gandum.
- Buat sampai habis, kemudian jemur lebih kurang 10-15 minit. Atau hingga kulit popia keras dan straw boleh dicabut. Ketepikan.
- Sangai tepung kacang hijau lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana. Tujuannya untuk wangi, tahan lama dan ringan. Angkat dan sejuk.
- Setelah sejuk campurkan gula aising, gaul rata supaya sebati.
- Panaskan minyak dan goreng kulit popia hingga kekuningan, angkat dan toskannya.
- Setelah sejuk, sumbat dengan campuran tepung kacang hijau dengan gula hingga siap.
- Ada setengah orang tak sumbat campuran tepung kacang hijau, sebaliknya gaulkan saja hingga rata. Terpulang pada cita rasa.
- Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 2kilo setengah.
Kredit resipi: Ruzita Hashim melalui FB Resipi Dapur Kak Chah.
Sedap, Lembut & Gebu. Ini Resipi Kek Karamel Paling Best.
Kek Karamel ni memang sedap. Gabungan antara Puding Karamel dan kek yang gebu sangat serasi serta memikat selera. Pendek kata, sekali rasa pasti nak cuba lagi. Ramai yang tertanya-tanya, macam mana kek + puding ni dibuat. Ada yang pernah cuba tapi tak menjadi. Meh cuba resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ni. Pasti puas hati. Kek pun cantik. Sesuai sangat buat sempena hari jadi atau buah tangan untuk keluarga tersayang.
CARA MASAK KEK KARAMEL ALUNAN KASIH
BAHAN KARAMEL / GULA HANGUS:
- 2 1/2 sudu makan gula
( Tabur gula di dalam loyang saiz 9 inci. Masak atas api kecil hingga gula cair dan bertukar warna perang muda. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
BAHAN PUDING:
- 2 biji telur – putih & kuning
- 3 biji kuning telur
- 1 tin susu cair (beli ONLINE)
- 1/2 cawan susu pekat manis (beli ONLINE)
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanilla
( Kacau semua bahan-bahan dengan garpu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapis ke dalam loyang berisi karamel @ gula hangus.)
BAHAN MERINGUE:
- 6 biji putih telur – pastikan tiada bercampur kuning telur & air
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh cream of tartar (beli ONLINE)
( Pukul semua bahan dengan kelajuan high speed hingga kental & bertanduk. Meringue mencapai tekstur yang terbaik adalah apabila bekas diterbalikkan, adunan tidak tumpah.)
BAHAN KEK:
- 3 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan minyak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/2 cawan tepung gandum (beli ONLINE)
- 1 sudu makan serbuk penaik (beli ONLINE)
- Pewarna pink dan hijau secukupnya
- Serbuk koko / milo secukupnya (beli ONLINE)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah dan keatas perlahan-lahan hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian dicampur dengan pewarna dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau keatas dan sekeliling puding secara perlahan-lahan. Adunan akan terapung ye. Jadi tak perlu ratakan untuk dapatkan corak kek yang beralun.
6. Kemudian masukkan koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi permukaan lapisan hijau tadi. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan lagi. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
7. Kaedah bakar secara ‘water bath’ – Letak loyang kek ke dalam loyang saiz 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit.
8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Kemudian 15 minit terakhir, guna api atas sahaja. ( masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.)
9. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang dari loyang. Terbalikkan perlahan-lahan ke atas pinggan.
10. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah
Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Coklat Kukus. Ringkas, Lembut & Sangat Sedap
Kek Coklat Kukus ni memang sedap tau. Anda nak cuba? Saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap. Penambahan topping coklat dan juga taburan badam membuatkan rasanya lagi mantap. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
CARA MUDAH BUAT KEK COKLAT KUKUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan serbuk koko – beli online disini
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair – beli online disini
1 tin susu pekat – beli online disini
8 biji telur gred B
BAHAN AYAK:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar (blender) hingga sebati dan ketepikan.
2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata.
4. Jika nak lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender.
5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi.
6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
BAHAN TOPPING COKLAT:
Coklat masakan
Sedikit marjerin / mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double-boiler.
2. Bila coklat telah cair sepenuhnya, tuang pada kek.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official