Spaghetti Olio Seafood Extra Pedas Ikut Tekak Asia

Spaghetti Olio Seafood Extra Pedas Ikut Tekak Asia

Kalau ikut tekak asia terutama melayu memang suka makan makanan pedas. Tambah chilli flakes dan lada hitam untuk rasa lebih menyengat.

SPAGHETTI OLIO SEAFOOD EXTRA PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • separuh bungkus spaghetti
  • 1 biji lada capsicum – potong kecil
  • 4-6 butir cendawan butang – potong dua
  • 10 ekor udang, buang kepala & kulit
  • 4 ekor sotong – potong kecil
  • 4 ulas bawang putih – rincik
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • serbuk lada hitam
  • sebuk oregano
  • serbuk cili kasar
  • 8 keping cabai kering
  • 8 ulas tomato cherry
  • 1 ketul kiub ayam

 

Spaghetti Olio Seafood Extra Pedas Ikut Tekak Asia

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus spaghetti al dente dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masuk cili kering dan serbuk cili. Tumis sampai cili agak garing.
  4. Selepas itu masuk udang & sotong, serbuk lada hitam, serbuk oregano dan kiub pati ayam.
  5. Kacau rata dan tambah sediki air.
  6. Masukkan lada capsicum, cendawan dan tomato. Kacau
  7. Akhir sekali masukkan spaghetti.
  8. Gaulkan sebati dan angkat.

INFO: 

  1. Boleh tambah lebih bawang putih untuk lebih rasa enak.
  2. Tambah makanan laut yang lain seperti lala, ketam dan sebagainya.
  3. Jika suka rasa daun parsli boleh tabur di waktu akhir masak.

 

IKLAN

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mona Din

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN

Mi Hailam Udang Enak & Senang Penuh Sekuali

Jom Buat Mi Bayam Homemade Simpan Dalam Peti Boleh Tahan 2 Minggu

Bihun Goreng Rahsia Arwah Bonda Masak Mesti Ikhlas

Rasa Yang Umphh! Mi Hailam Sedap Setanding Macam Dekat Kedai

Step By Step Hiong Tai Mai Fan Masakan Panas

Spaghetti Olio Seafood Extra Pedas Ikut Tekak Asia

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI