Sotong Masak Szechuan Harum Aroma Cili Kering Goreng Memang Menggoda

Masakan szechuan datang dari negara China dan terkenal dengan kepedasan dari masakan cina yang biasa. Rasa sotong lebih enak dengan bahan tumisan yang ringkas serta aroma cili kering yang digoreng terlebih dahulu.

SOTONG MASAK SZECHUAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar -potong kiub
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 2.5cm halia-hiris
  • 3 batang cili kering-potong 2.5cm
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1sudu makan kicap manis
  • 1batang cili merah-belah dua
  • ¼ sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu makan tomato sos
  • 3 batang daun bawang-potong 2.5cm
  • 300gm sotong
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang, halia, cili kering,sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau sekata.

2. Apabila sebati dan mendidih, masukkan sotong, cili merah dan daun bawang. Kacau sehingga masak dan tambah minyak bijan dan garam secukupnya. Kacau sebati.

3. Angkat dan sedia dinikmati.

IKLAN

 

INFO CHEF: Enak dimakan bersama nasi putih.

 

Saiz hidangan: 2-3 orang

IKLAN

Jenis hidangan: Ala Cina

Keistimewaan: Aroma jintan minyak bijan yang wangi

Jenis masakan: Lauk pauk

Cara memasak: Tumis dan goreng

IKLAN

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Sotong Goreng Tepung Tak Meletop Tapi Rangup

http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/

Masakan Mudah Sotong Masak Asam. Perrgh..Memang Kenyanglah Perut Hari Ni…

Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas Sotong Masak Nyonya Simple

http://www.rasa.my/sotong-masak-lemak-serai-resipi-turun-temurun-nenek/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI