Korang ini idea bagus dan sangat senang, kalau korang pengemar sotong bakar sekarang tak payah guna kuali ajaib atau ketuhar. Bakar je guna kuali biasa tepi sebaiknya guna kuali non stick. Hasilnya sedap sotong cepat masak dan sedap. Paling bagus ia senang disediakan. Sesuailah untuk yang kurang rajin dan sibuk ye.

Sotong Bakar Guna Kuali Je. Sedap & Senangnya.
SOTONG BAKAR
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 kg sotong saiz besar | bersihkan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 batang serai

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cuci bersih sotong dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar.
  3. Lengkapkan rasanya dengan gula dan garam.
  4. Kemudian masukkan sotong, Gaul rata.
  5. Kemudian biarkan sotong di dalam kuali dengan api kecil dan sentiasa balik-balikkannya.
  6. Setelah masak, tutup api.
  7. Sotong bakar sedia dihidangkan.

By: @Echi_Raffani2016

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI