Sengkuang yang sejuk lepastu rangup di letakkan pula sos khas untuk sengkuang calit lepastu tabur kacang pehhh padu sangat! Tapi lagi padu kalau kita pandai buat sos sengkuang calit sendiri di rumah. Bolehlah makan berulang kali sampai jemu. Beli sengkuang sahaja, balik rumah potong ikut suka hatilah nak potong bentuk apa simpan dalam peti sejuk. Bila dah cukup sejuk, colek atau letak sos sengkuang calit atas sengkuang dan hidangkan gerenti makan tak berhenti. Kalau nak cuba buat sos sendiri, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Ameena Rahman di Facebook ni.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering kisar – BELI DI SINI
Sos cili – BELI DI SINI
Kicap lemak manis
Belacan sedikit – BELI DI SINI
Gula – BELI DI SINI
Air asam jawa – BELI DI SINI
Tepung jagung – BELI DI SINI
CARA MEMASAK:
Masak semua bahan dengan api perlahan sehingga betul-betul masak.
Masukkan tepung jagung untuk pekatkan tekstur sos.
NOTA: Kuantiti bahan resepi mengikut keperluan masing-masing nak masak banyak atau sedikit.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Ameena Rahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lengkap Set Nasi Ayam Goreng Rangup
Di hujung minggu begini, sesuai sangat jika puan-puan sajikan Nasi Ayam ni buat ahli keluarga. Mudah, enak dan lebih jimat.
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
- 1 ekor ayam – bersihkan
- 3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
- 4cm halia –hiris nipis
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
- 4 tangkai cili merah
- 3 tangkai cili padi merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 2sm halia muda
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
- 1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
- 4 cawan beras
- 2 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 3sm halia -hiris nipis
- 1 sudu besar minyak bijan
- Sedikit pewarna makanan kuning
- 2 helai daun pandan
( kalau tak nak letak daun pandan pun tak apa. Ia hanya bertujuan untuk mewangikan nasi.)
Bahan D – Sup Ayam
- 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
- 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
- Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
- Salad
- Timun
- Tomato
- Tauge
CARA MEMASAK:
- Ayam:Rebus ayam dalam dalam periuk bersama bawang putih dan halia.
- Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
- Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.
- Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing.
- Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
- Masak hingga agak pekat.
- Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C ( bawang putih dan halia ) yang telah dikisar. Setelah agak garing, ambil separuh bahan tumis tersebut dan masukkan ke dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk membuat sup ayam.
- Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, sedikit pewarna kuning dan masak nasi seperti biasa. Masukkan juga sedikit minyak bijan serta daun pandan.
- Di dalam periuk lain, masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
- Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam goreng rangup ni.
INFO CHEF:
Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan. Boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap sebagai pelengkap rasa.
Resipi Nasi Briyani Sedap Guna Kari Kambing Dalam Tin
Bagi penggemar hidangan Nasi Beriyani, pasti terbayang-bayang keenakan nasi yang gebu serta penuh perisa. Makan panas-panas, memang sangat membuka selera. Nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Nurul Afidah Catalyst ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan hasilnya memang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI BRIYANI KAMRI KAMBING ADABI
BAHAN-BAHAN:
2 tin Kari kambing Adabi – beli online disini
4 pot beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30 minit. Kemudian tapis) – beli online disini
1 biji tomato – potong dadu
1 biji bawang besar – hiris nipis
2 inci halia – hiris nipis
Rempah 3 sekawan
3 helai daun pandan
3 biji cili besar hijau @ merah
1/2 cawan susu cair @ segar – beli online disini
1 senduk marjerin – beli online disini
Telur rebus ikut cita rasa
1/2 kiub pati ayam – beli online disini
Air (1 tin kari kambing)
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan planta dan tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia dan masak sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang besar dan daun pandan. Masak sehingga layu.
3. Masukkan kiub pati ayam, tomato dan susu segar. Biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan kari kambing dan garam secukup rasa. Masukkan juga air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tidak pernah biar terlalu lama.
6. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan telur rebus dan cili hijau besar. Masak nasi seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau nasi jika perlu.
7. Nasi Briyani Kari Kambing siap dan boleh dihidangkan.
Untuk rasa lebih enak, boleh tabur hirisan daun ketumbar di atas nasi. Nasi juga enak dihidang bersama Ayam Masak Merah, Dakca atau sup kosong.
Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-pelbagai-jenis-laksa-sedap-ada-di-malaysia/
Resipi Kek Sunquick Oren 5 Bahan. Guna Marjerin Je Tapi Sangat Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Mi Champa Pedas Yang Sedap Melekat. Sure Berpeluh!
Nikmatnya jika dapat makan makanan bersup yang panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan. Mi Champa merupakan antara resipi mi berkuah yang wajib anda cuba masak sendiri di rumah. Rasa sendiri, anda pasti akan jatuh cinta. Jom kami kongsikan resipi Mi Champa oleh Puan Tahrunnisah Jali.
RESIPI MI CHAMPA
BAHAN KUAH:
- 1 1/2 – 2 kg daging lembu serta tulang untuk dibuat bone broth
- 3 liter air
- 4 biji bawang holand* – dipotong 4
- 3 biji bawang besar* – dipotong 4
- 2 inci lengkuas dipotong nipis* – dihiris nipis
- Seekor sotong kering sebesar tapak tangan
- Daun ketumbar seikat
- Daun bawang
- 2 batang kulit kayu manis*
- 4 biji bunga lawang*
- 1/2 cawan sos ikan
- Gula
- Garam
- Perasa jika suka
- Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
- 3 kiub stok perisa daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging serta kotoran. Kemudian, masukkan air, tulang, daging dan rebus kembali dalam 30 minit. Jika air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Masukkan lagi air baru dalam 3 liter dan rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.
2. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, kayu manis, bunga cengkih dan sotong kering.
3. Kemudian, masukkan rebusan tulang ke dalam bahan-bahan yang sudah dibakar tadi.
4. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
BAHAN SAMBAL LADA:
- 4 biji cili besar merah*
- 20 – 30 biji cili api*
- 2 sudu besar cuka
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus bahan-bahan bertanda * sehingga layu.
2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tadi bersama cuka dan garam sehingga hancur.
3. Siap.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
- 3 labu bawang putih
- 1 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong halus bawang putih.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dipotong halus.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Siap.
BAHAN TAMBAHAN:
- Kuey teow, mihun, mi champa
- Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
- Limau nipis
- Hirisan daging
- Minyak bawang putih
- Lobak asin yang dipotong halus
- Sambal lada
- Taugeh
- Kicap
- Serbuk lada sulah atau lada hitam
- Gula (tambahan jika anda suka manis)
- Sos ikan jika perlu
INFO TAMBAHAN:
- Sewaktu nak ambil kuah untuk dituang ke dalam mangkuk mi, pastikan anda tapis menggunakan penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mi tersebut.
- Sebelum makan, anda boleh letak kicap, perah limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam atau lada sulah, sos ikan jika suka dan juga gula kalau anda suka manis. Bahan tambahan adalah penyedap mi sup anda.
Kredit resipi & foto: Tahrunnisah Jali
Anda mencari PRESSURE COOKER ELEKTRIK, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: