Berehatlah Siti Sarah Raisuddin. Pagi ini seluruh Malaysia berduka dengan pemergian penyanyi terkenal yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini.

Setelah bertarung nyawa lebih 65 jam selepas ditidurkan bagi menjalani pembedahan melahirkan anak lebih awal akibat jangkitan Covid 19, beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berita sedih ini diumumkan oleh suami Sarah dan juga syarikat pengurusannya, Indigital Music.

https://www.instagram.com/p/CSVC37-BJBn/

 

Pemergian pelantun suara lagu Kesetiaan ini ternyata ditangisi dan dicemburui ramai. Pasti ada banyak kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya yang membuatkan insan ini disenangi serta begitu disayangi.

Kisahnya mula menjadi ikutan pelbagai lapisan masyarakat setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah kemerosotan bacaan oksigen dalam badan akibat jangkitan virus Covid. Satu demi satu ‘update’ terkini dinanti malah ramai mendoakan kesejahteraan penyanyi ini agar kembali sedar dan pulang ke pangkuan anak-anak serta suami.

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/

IKLAN

Yang menitipkan kata-kata semangat bukan sedikit. Tidak hanya dikalangan keluarga, teman-teman rapat dan juga para peminat malah individu-individu yang sebelum ini tidak mengambil tahu kisah dunia hiburan juga mula memuat naik hantaran.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan yang dimiliki oleh anak kedua pelakon veteran Raisuddin Hamzah ini hinggakan beliau didoakan oleh ramai orang. Apa jasanya hanya Allah sahaja yang tahu namun dari mata insan-insan yang rapat dan pernah bekerjasama, pasti mengakui ada banyak kebaikan yang dilakukan.

Siti Sarah adalah salah seorang artis yang mudah memberikan kerjasama. Malah semasa hayatnya, RASA pernah berpeluang menjalankan pengambaran RASA Anak Emak Anak Bapak bersama selebriti ini dan bapanya.

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

IKLAN

Dalam episod tersebut, Siti Sarah ditugaskan memasak menu Ikan Patin Tempoyak kegemaran kegemaran abah kesayangannya. Seronok melihat gelagat Siti Sarah di dapur. Kemesraan dan keakraban antara dua beranak ini sangat menyenangkan.

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

Menu Ikan Patin Masak Tempoyak air tangan Siti Sarah.Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal KenanganGambar-gambar ‘throwback’ semasa pengambaran.

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

IKLAN

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan

Sangat membahagiakan.  Kini gambar-gambar ini hanya boleh ditatap dan dijadikan kenang-kenangan. Didoakan semoga roh Siti Sarah Raisuddin ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan buat keluarga yang ditinggalkan, moga terus tabah menghadapi ujian.

Dipetik dari sumber Berita Harian Online, jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan islam, Kampung Sungai Pusu Gombak jam 12 tengah hari ini.

Al-Fatihah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI